Thursday, March 20, 2014

serangan halus ke atas umat islam

illuminati Dan Hiburan Yang Melalaikan Umat Islam

Assalamualaikum kepada saudara saudari sekalian...
Alhamdulillah, kita berjumpa lagi kali ini dengan siri PENCERAHAN seterusnya berkenaan dengan bagaimana kita semua dikuasai melalui HIBURAN yang melalaikan kita sehingga kita tidak memahami realiti sebenar kehidupan kita didunia milik Allah SWT ini..


Di dalam dunia yang penuh dengan tipu daya dan penuh dengan illusi ini,kita sebenarnya telah dikuasai oleh Ahli Jemaah Dajjal ke arah kelalaian yang tidak berfaedah dan berlawanan dengan fitrah kehidupan kita di dunia ini..kita telah menganggap bahawa dunia ini adalah sebagai pentas untuk bersuka ria dan hiburan itu adalah satu aspek yang perlu ada di dalam kehidupan seharian kita..disini saya tidak lah mengatakan bahawa saya adalah penentang kepada hiburan tetapi kita perlu bijak dalam menilai dan juga mengenali jenis-jenis hiburan yang kita sertai dalam kehidupan kita yang sementara ini..
video
Sebelum saya mendedahkan rancangan Ahli Jemaah Dajjal terhadap kita melalui hiburan.Mari kita fahami dulu apakah fitrah dan tangunggjawab kita berada di dunia ini..Allah SWT berfirman:

“Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembahKu. Adz-Dzariat : 56

Allah SWT berfirman pada ayat diatas bahawa DIA menciptakan jin dan manusia supaya mereka menyembah-Nya dan dunia ini adalah Alam yang paling penting bagi kita semua. Di dunia inilah tempat di mana akan menentukan sama ada kita berjaya memasuki syurga Allah atau sebaliknya..maka perlukah kita membuang masa kita yang tak seberapa ini untuk hiburan yang hanya melalaikan kita daripada tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada kita oleh Allah SWT..

''Ketahuilah bahwa sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan, dan bermegah-megah antara kamu serta berbangga-bangga tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani, kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian hancur. Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keridhaan-Nya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu.” (Al-Hadid : 20)

Namun dalam era kemajuan sains dan teknologi ini, manusia bukan sahaja berasa teruja dengan kehebatan teknologi malahan menjadi begitu taksub sehingga sanggup membazir wang yang beribu dan masa untuk mendapatkan teknologi yang melalaikan mereka ini..
Sanggup menunggu demi mendapatkan gadget terbaru
Mari kita lihat bagaimana dan apakah kaedah yang telah digunakan oleh Ahli Jemaah Dajjal untuk melalaikan kita..saya akan bermula dengan kelalaian kanak-kanak di zaman ini..Permainan Video seperti Playstation, X Box,Smartphone yang mempunyai pelbagai Game telah dicipta agar Kanak-Kanak sentiasa berada didalam kelalaian seperti gambar dibawah ini..
Bukan saja kanak-kanak dizaman ini dilalaikan oleh Gadget gadget ini tetapi mereka juga didedahkan dengan unsur-unsur keganasan dan Seks melalui Gameyang mereka mainkan dan tanpa kawalan ibubapa terhadap perkara ini, anak-anak kita berkemungkinan akan mempunyai sifat ganas atau tidak lagi mempunyai belas kasihan kerana sentiasa diserang oleh image image keganasan didalam kehidupan seharian mereka..
video
Adakah remaja di zaman ini terkecuali dari kelalaian ini..sudah tentu tidak kerana Ahli Jemaah Dajjal telah mencipta pelbagai kaedah untuk melalaikan remaja di zaman ini seperti Muzik,Sukan,Rancangan realiti dan filem filem dari Hollywood..remaja juga diserang dengan pelbagai aktiviti tidak sihat seperti menonton video video lucah dari pelbagai laman web di internet tanpa sekatan dan tidak terhenti di situ, malah remaja hari ini disajikan dengan laman Sosial seperti Facebook,Twitter,WeChat dan Instagram..Cuba bayangkan jikalau seharian tanpa laman sosial ini pasti akan menyebabkan remaja menjadi tidak stabil dan juga mengalami Stress akibat ketagihan laman sosial ini..sungguh hebat Godaan hiburan di zaman Fitnah yang memperdayakan ini..
Sukan Yang Melalaikan Remaja
Konsert muzik yang sangat merosakan Akidah
video
video
Irama muzik terutamanya dengan menggunakan walkman atau Ipod telah berjaya menukar remaja di zaman ini menjadi seperti Zombie kerana tergoda dengan irama muzik walau dimana jua mereka berada dan sentiasa lalai dan tidak menyedari keadaan sekitar mereka..
video

Satu lagi rancangan yang telah berjaya digunakan oleh Ahli Jemaah Dajjal adalah Sukan..dan sukan sepatutnya diamalkan untuk kesihatan tubuh badan telah menjadi satu perniagaan yang menguntungkan sehingga dapat digunakan di seluruh dunia agar dapat melalaikan Umat Manusia..Dan ideologi melalaikan Massa(umat manusia) telah dicipta di Rom pada tahun 264 BCE.Ini adalah kerana Raja-Raja Rom yang takut kepada pemberontakan rakyat terhadap pemerintahan mereka, Maka mereka telah mengalihkan perhatian rakyat mereka daripada peristiwa yang tidak menyenangkan pemerintahan Rom pada ketika itu dengan permainan-permainan yang melalaikan rakyat mereka agar berada dalam kelalaian yang menerus..dan permaianan ini dilaksanakan di dalam Arenacolosseum.. 
Sukan purba untuk melalaikan Massa
Dan hari ini kita dapat lihat kaedah yang sama dilaksanakan oleh Ahli Jemaah Dajjal dengan menggunakan Sukan sebagai alat untuk mengalihkan perhatian Massa dari isu-isu penting sehingga tergoda kepada kelalaian yang menyedihkan..bermacam-macam permainan sukan dicipta seperti World Cup, Acara Olimpik,liga-liga Bola sepak dan sebagainya agar dapat mengambil hati para ternakan yang ingin dikawal oleh mereka di dalam Colosseum Moden iaitu Stadium..
video
Akibat dari penyertaan Umat Islam maka timbul lah pergaduhan,maki hamun,pergaulan bebas antara wanita dan lelaki dan lain-lain permasalahan..lihat saja lah Umat Islam hari ini yang terperdaya dengan budaya barat..

“Apakah kau (manusia) menyangka bahwa Aku ciptakan kamu dengan main-main dan (kau kira) kamu tidak akan dikembalikan kepada KU?”Al-Mukminun (23) : 115

Lagi satu cara yang telah dipermudahkan oleh Ahli Jemaah Dajjal melalui sains dan teknologi untuk kita adalah dengan menggunakan Television sebagai alat untuk mengawal dan memanipulasi pemikiran kita tanpa kita sedari..Di zaman Ini kita tidak perlu lagi keluar dari keselesaan rumah kita untuk berhibur,kerana kita telah diberi Tell Lie Vission(TV) dan semua ini adalah alat untuk mengawal kita agar berada dalam keadaan Khayal dan lalai dari pada Isu yang sebenarnya terjadi di sekitar masyarakat kita..dengan rancangan realiti seperti Maharaja lawak, Anugerah lagu dan Akedemi Fantasia sudah cukup membuatkan kita terpengaruh dan terhibur dalam kelalaian yang menyedihkan..
video
video
Naga Merah Simbol Iblis
Dari Bahz bin Hakim dari ayahnya dari kakeknya radhiallahu anhu dia berkata: Aku mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Celakalah bagi orang yang berbicara lalu berdusta untuk membuat orang lain tertawa. Celakalah dia, celakalah dia.” (HR. Abu Daud no. 4990, At-Tirmizi no. 2315)

“Janganlah kalian banyak tertawa. Sesungguhnya banyak tertawa dapat mematikan hati.”Sabda Rasulullah SAW

Diriwayatkan oleh Ibn Abbas r.a. “Sesiapa yang tertawa ketika membuat dosa, maka dia akan menangis ketika akan masuk neraka.”

Sila Tonton video Sheikh Hamza Yusuf dibawah ini agar mendapat pencerahan yang bermakna..
video
Rancangan untuk melalaikan kita adalah rancangan yang paling penting bagi Ahli Jemaah Dajjal agar kita tidak akan mengetahui realiti kehidupan kita,tidak mengetahui rancangan mereka dan yang terpenting adalah menyebabkan kita berpaling dari Fitrah kehidupan kita dalam menyembah Allah SWT… 
video

video
Pada hari ini kita dapat lihat diseluruh pelosok dunia semua Umat manusia yang bermata satu telah berjaya dilalaikan oleh Ahli Jemaah Dajjal sehingga begitu ketara kelalaian Umat manusia dimana tidak pernah berlaku di dalam sejarah ketamadunan manusia sebelum ini..ini lah yang dikatakan oleh Nabi Muhammad SAW bahawa tiada fitnah yang lebih dahsyat dari fitnah Ad-Dajjal dan kita telah diberi amaran berkali-kali agar berwaspada tapi sayang sekali kita semua seperti didalam khayalan yang sungguh menyeronokkan jiwa dan raga ini..

Dan berkatalah Rasul: "Wahai Tuhanku sesungguhnya kaumku telah menjadikan Al-Quran ini satu perlembagaan yang ditinggalkan, tidak dipakai".(Al-Furqaan 25:30)

Kenyataan ini merupakan satu teguran dan peringatan buat saya dan juga Umat Islam yang berada diluar sana agar kita sama-sama dapat memahami realiti kehidupan kita di dunia ini agar tidak terpedaya dengan rancangan Dajjaldalam melalaikan kita dari fitrah kehidupan kita yang sementara ini..gaya hidup moden yang sedang kita peluk kini adalah salah satu senjata yang mereka gunakan untuk mempengaruhi pemikiran kita agar menjadi hamba mereka..
jangan lah kita mencampakkan diri kita dalam kebinasaan setelah diperingati dan kita perlu sentiasa berwaspada terhadap rancangan musuh Islam yang sentiasa mencuba dengan pelbagai cara dan kaedah untuk menyesatkan,memperdayakan dan melalaikan kita dari tanggungjawab kita sebagai hamba Allah SWT yang sebenar di dunia ini..Sekian Wassalam..

Tuesday, May 8, 2012

Apa itu radiasi??






                                                      RADIASI  ???


Radioaktif

Majoriti kita seakan fobia apabila menyebut tentang radiasi. Perkara yang terlintas di fikiran kita adalah nuklear, bom atom, kecacatan dan pencemaran.
Ia berkait rapat dengan beberapa siri tragedi pencemaran radiasi paling kritikal yang pernah berlaku seperti Chernobyl di Russia ,Hiroshima di Jepun dan terbaru Fukushima juga di Jepun.
chernobyl fukushima
Tidak kira apa jua cerita baru tentang radiasi timbul kita hanya akan memahami radiasi dari sudut begitu sahaja.
Bukankah lebih baik jika kita dapat mengkaji lebih mendalam mengenai radiasi ini sebelum kita menggelabah tak tentu pasal.
Konsep dan punca radiasi ini adalah lebih luas dari apa yang kita jangkakan. Anda pasti akan berfikir kembali apabila selesai membaca artikel ini. Untuk permulaan, radiasi tidak hanya berasal dari nuklear.
Radiasi sebenarnya telah timbul sebelum nuklear dan bom atom dicipta. Malah lebih lama lagi sebelum munculnya petroleum, kenderaan, satelit, tenaga elektrik dan telefon.
Jadi dari mana radiasi ini datang?
Secara asasnya sumber radiasi ini boleh dikelaskan kepada dua sumber iaitu semulajadi danciptaan manusia.
Kewujudan radiasi secara semulajadi ini adalah seperti dari angkasa lepas, permukaan bumi dan tubuh badan manusia.
Semua kehidupan di muka bumi ini sudah lama terdedah kepada radiasi angkasa lepas. Antara sumber utamanya adalah matahari yang membentuk Gama dan Beta apabila partikel sinarannya melalui atmosfera bumi.
Matahari-Bumi
Kuatnya radiasi ini adalah bergantung kepada kedudukan geografi dan kekuatan magnetik bumi di sesebuah kawasan.
Permukaan bumi ini sendiri juga telah lama dipenuhi dengan bahan radiasi yang boleh kita dapati dari tanah, air dan tumbuh-tumbuhan (sayuran, buah-buahan atau tumbuhan liar).
Ini bererti tanah yang anda pijak setiap hari dan air yang anda minum sejak kecil mengandungi elemen radiasi.
kaki-ayam  bayi-air
Ia turut menggambarkan bahawa radiasi ini telah wujud sebelum dinosaur menguasai bumi jutaan tahun lampau.
Lebih mengejutkan, unsur radiasi ini sudah pun berada di dalam tubuh badan semenjak kita dilahirkan. Bahan radiasi seperti Potassium-40, Karbon-14, Plumbum-210 dan gas Radon dikesan menjadi sebahagian dari diri kita. Tahap kekuatan radiasi bahan terbabit dalam tubuh seseorang adalah bebeza di antara satu sama lain.
Maknanya, tubuh badan nenek-moyang kita yang hidup ratusan tahun dahulu juga mempunyai unsur radiasi ini. Ada diantara mereka dapat hidup melebihi seratus tahun.
radiasi-badan
Seterusnya radiasi yang berpunca dari ciptaan manusia ini amat banyak dan boleh di kategorikan kepada radiasi awam dan radiasi pekerjaan.
Radiasi awam ini adalah pendedahan kepada peralatan dan persekitaran kita sekarang seperti rokok, televisien, komputer, radio, mesin x-ray, bangunan, telefon bimbit, tablet, ketuhar mikro, peti sejuk, jam tangan, kesesakan orang ramai atau lalu lintas, kamera dan lain-lain.
radiasi-telefon
Manakala radiasi pekerjaan adalah mereka yang melakukan kerja yang berkaitan dengan bahan beradioaktif seperti pekerja di pusat janakuasa nuklear, kilang kimia, pelombong arang batu, pelombong bijih besi, pembuatan barangan elektrik, kajian nuklear dan sebagainya.
Kesimpulannya radiasi ini bukanlah perkara asing dalam kehidupan manusia malah ia adalah sebahagian dari diri kita. Namun tahap radiasi tersebut masih di tahap mikro di mana tidak membahayakan manusia.
Bagi mengelakkan lebihan radiasi agensi-agensi pemantauan akan lebih kerap melakukan ujikaji di kawasan berisiko tinggi bagi memastikan para pekerja tidak melebihi had pendedahan radiasi yang telah ditetapkan. 
Sekarang anda tahu apa itu radiasi, kini anda sepatutnya tahu yang sebahagian daripada kesan radiasi sudah pun anda terima ketika membaca artikel ini.

Info:
Potassium digunakan sebagai bahan pembinaan jana elektrik solar, fotografi, mercun, mancis dan pewarna tekstil.
Karbon digunakan untuk tujuan kajian perubatan untuk pesakit diabetes, gout dna anemia. Ia turut digunakan untuk mengukur usia sesuatu fosil atau bahan organik.
Plumbum digunakan dalam pembuatan bateri, campuran pada besi dan sebagainya.
Tiga elemen radiasi di atas menunjukkan kegunaanya secara meluas dalam industri pembuatan, kajian dan perubatan tapi bahan yang sama juga berada dalam badan kita.



Wednesday, November 23, 2011

Nabi Adam & Dinasour???




 Penciptaan Adam
Setelah Allah SWT. menciptakan bumi, langit, dan malaikat, Allah berkehendak untuk menciptakan makhluk lain yang nantinya akan dipercaya menghuni, mengisi, serta memelihara bumi tempat tinggalnya. Saat Allah memberitahu para malaikat akan kehendak-Nya untuk menciptakan manusia, mereka khuatir makhluk tersebut nantinya akan membangkang terhadap ketentuan-Nya dan melakukan kerusakan di muka bumi. Berkatalah para malaikat kepada Allah:
“Mengapa engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?"
(Al-Baqarah : 30)
Allah kemudian berfirman untuk menghilangkan keraguan para malaikat-Nya:
“Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui."
(Al-Baqarah : 30)
Lalu diciptakanlah Adam oleh Allah dari segumpal tanah liat yang kering dan lumpur hitam yang dibentuk sedemikian rupa. Setelah disempurnakan bentuknya, maka ditiupkanlah roh ke dalamnya sehingga ia dapat bergerak dan menjadi manusia yang sempurna. Awalnya Nabi Adam a.s. ditempatkan di syurga, tetapi terkena tipu daya iblis kemudian diturunkan ke bumi bersama istrinya kerana mengingkari ketentuan Allah.
Adam diturunkan dibumi bukan karena mengingkari ketentuan, melainkan dari sejak akan diciptakan, Allah sudah menunjuk Adam sebagai khalifah di muka bumi. jadi meskipun tidak melanggar ketentuan (Allah) adam akan tetap diturunkan kebumi sebagai khalifah pertama.
Adam merupakan nabi dan juga manusia pertama yang bergelar khalifah Allah yang dimuliakan dan ditinggikan derajatnya. Ia diutus untuk memperingatkan anak cucunya agar menyembah Allah. Di antara sekian banyak anak cucunya, ada yang taat dan ada pula yang membangkang.


 Persoalan Makhluk Sebelum Adam
Menurut syariat Islam, manusia tidak diciptakan dibumi, tapi manusia dijadikan khalifah (pengganti/penerus) di bumi, sebagai makhluk pengganti yang tentunya ada makhluk lain yang di ganti, dengan kata lain adalah Adam 'bukanlah Makhluk Pertama' dibumi, tetapi ia adalah 'Manusia Pertama' dalam ajaran Agama Samawi, dan Allah tidak mengatakan untuk mengganti manusia sebelumnya, tapi pengganti makhluk yang telah membuat kerusakan dan menumpahkan darah dibumi.
Sebelum kehadiran manusia telah banyak umat yang terdiri malaikat, jin, haiwan, tumbuhan dan sebagainya, kerana dalam Al-Qur'an ciptaan Allah disebut juga dengan kata umat. Sesuai dengan salah satu surah Al An'aam 32, yang berbunyi:
“Dan tiadalah binatang-binatang yang ada di bumi dan burung-burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan umat (juga) seperti kamu. Tiadalah Kami alpakan sesuatupun dalam Al-Kitab, kemudian kepada Tuhanlah mereka dihimpunkan.”
(Al An'aam : 32)
 Arkeologi
Dari ayat Al-Baqarah 30, banyak mengundang pertanyaan, siapakah makhluk yang berbuat kerosakan yang dimaksud oleh malaikat pada ayat di atas. Dalam kajian Arkeologi, berdasarkan fosil yang ditemukan, memang ada makhluk lain sebelum manusia. Mereka nyaris seperti manusia, tetapi memilki karakteristik yang sangat primitif dan tidak berbudaya.
Volume otak mereka lebih kecil dari manusia, oleh kerana itu, kemampuan mereka berbicara sangat terbatas karena tidak banyak suara vowel yang mampu mereka bunyikan. Kelompok makhluk ini kemudian dinamakan oleh para arkeolog sebagai Neanderthal.
Sebagai contoh Pithecanthropus Erectus memiliki volume otak sekitar 900 cc, sementara Homo sapiens memiliki volume otak diatas 1000 cc (otak kera maksimal sebesar 600 cc). Maka dari itu bisa diambil kesimpulan bahwa semenjak 20,000 tahun yang lalu, telah ada susuk makhluk yang memiliki kemampuan akal yang mendekati kemampuan berfikir manusia pada zaman sebelum kedatangan Adam.
Penafsir Al-Qur'an dan Hadis
Surah Al Hijr ayat 27 menjelaskan tentang makhluk sebelum manusia adalah bangsa Jin:
“Dan Kami telah menciptakan jin sebelum (Adam) dari api yang sangat panas.”
(Al Hijr : 27)


Mengenai penciptaan Adam sebagai khalifah di muka bumi diungkapkan dalam Al-Qur'an:
“Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi”. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): “Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal Kami senantiasa bertasbih dengan memuji-Mu dan mensucikan-Mu?” Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya.”
(Al-Baqarah : 30)
Nama makhluk yang diungkapkan para ahli arkeologi diatas kemudian dikaitkan pada pendapat para ahli mufassirin. Salah satu diantaranya adalah Ibnu Jazir, dalam kitab tafsir Ibnu Katsir mengatakan: "Yang dimaksud dengan makhluk sebelum Adam diciptakan adalah Al-Jan yang suka berbuat kerusakan."
Menurut salah seorang perawi hadis yang bernama Thawus al-Yamani, salah satu penghuni sekaligus penguasa/pemimpin di muka bumi adalah dari golongan jin. Ada juga yang mengatakan bahwa telah ada 3 umat yang utama sebelum Adam. Dua diantaranya dari bangsa jin, sedangkan kaum yang ketiga adalah dari golongan yang berbeza dari jin, kerana mereka ini berdarah dan berdaging.

 Persoalan Makhluk Dinosaur
Kalau benar dinosaur wujud, kenapa fosilnya hanya dijumpai di sesetengah tempat? contohnya, negara-negara eropah? kenapa fosil-fosil itu sahaja yang bertahan? kenapa yang lain semua dah jadi petroleum? Banyak kemuyskilan mengenai kewujudan dinosaur. Haiwan prasejarah mungkin wujud, namun dinosaur belum tentu.
Semasa beberapa orang sahabat ke Petrosains, penjelasan mengapa ada dinasour yang menjadi petroleum atau bahan mentah kepada kita sekarang ialah kerana dinasour itu mendiami kawasan-kawasan tanah rendah. Apabila tanah rendah itu mula ditenggelami air, bangkai/tulang dinasour ini telah menjadi mendap. Tekanan yang disebabkan oleh paras air yang tinggi menyebabkan tulang/fosil dinasour ini menjadi petroleum.
Secara umumnya, ramai orang mengetahui tentang dinosaur pengikut fakta-fakta yang dijelaskan oleh sains dan bukti-bukti fosil yang telah dijumpai. Tetapi adakah terdapat cerita tentang dinosaur ini di dalam Al-Quran ataupun kitab-kitab suci yang lain? Dari penjelasan dalam islam, tidak banyak yang kita ketahui tentang dinosaur ini. Adakah ia hidup sebelum zaman Nabi Adam a.s. atau ia hidup semasa zaman nabi tersebut? Inilah kemusykilan yang kerap kali bermain dikalangan ahli sains 
moden.


 Dinosaur Hidup Sebelum Zaman Nabi Adam
“Dan tiadalah binatang-binatang yang ada di bumi dan burung-burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan umat (juga) seperti kamu. Tiadalah Kami alpakan sesuatupun dalam Al-Kitab, kemudian kepada Tuhanlah mereka dihimpunkan.”
(Al An'aam : 32)
Haiwan prasejarah diyakini wujud seperti persoalan bagaimana malaikat tahu bahawa hamba Allah yang bakal dicipta nanti (Adam dan keturunannya) akan membuat ‘kerosakan’ dan ‘menumpah darah’ (berperang). Ini membuktikan sudah ada kehidupan makhluk lain sebelum manusia yang telah diturunkan syariat Islam. Cuma bezanya makhluk sebelum Adam berbeza dari segi jasad dan kemampuan intelektual.
Jika difikirkan secara logik akal, adalah mustahil untuk manusia hidup bersama-sama dinosaur yang telah menghuni di muka bumi ini selama berjuta-juta tahun. Kalau dikaitkan dengan sejarah manusia yang telah tercatat di dalam Al-Quran dan juga melalui kajian saintifik manusia, manusia tidak mungkin dapat hidup pada zaman dinosaur. Mana mungkin manusia dapat bercucuk tanam seperti yang dilakukan oleh Anak Nabi Adam, Qabil dan mengembala binatang ternak oleh Habil.
“Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi”.
(Al-Baqarah : 30)


Seperti yang tertulis di dalam al-Quran, Allah telah menciptakan bumi dengan kefungsian yang lengkap termasuklah berbagai jenis binatang dan Nabi Adam diciptakan selepas penciptaan bumi.
“Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi; dan (pada) pertukaran malam dan siang; dan (pada) kapal-kapal yang belayar di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga (pada) air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta Ia biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis binatang; demikian juga (pada) peredaran angin dan awan yang tunduk (kepada kuasa Allah) terapung-apung di antara langit dengan bumi; sesungguhnya (pada semuanya itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah kekuasaanNya, kebijaksanaanNya, dan keluasan rahmatNya) bagi kaum yang (mahu) menggunakan akal fikiran.”
(Al-Baqarah : 164)
“Dia menciptakan langit tanpa tiang yang kamu melihatnya dan Dia meletakkan gunung-gunung di bumi (permukaan) supaya bumi itu tidak menggoyangkan kamu; dan memperkembang-biakkan padanya segala macam jenis binatang. Dan Kami turunkan air hujan dari langit, lalu Kami tumbuhkan padanya segala macam tumbuh-tumbuhan yang baik.”
(Luqman : 10).
Ayat-ayat tersebut menunjukkan bahawa setelah penciptaan bumi, juga dikembangbiakkan binatang-binatang. dan ini seharusnya adalah binatang-binatang prasejarah dan juga binatang- binatang yang kita lihat saat ini.

 Hidup Semasa Zaman Nabi Adam
Ada sesetengah pendapat mengatakan dinosaur itu ibarat ayam, itik dan haiwan biasa bagi Nabi Adam sebab Nabi Adam diriwayatkan sebagai bertubuh sangat besar dan tinggi.
“Dialah yang menciptakan langit dan bumi; Ia menjadikan bagi kamu pasangan-pasangan dari jenis kamu sendiri, dan menjadikan dari jenis binatang-binatang ternak pasangan-pasangan (bagi binatang-binatang itu); dengan jalan yang demikian dikembangkan-Nya (zuriat keturunan) kamu semua. Tiada sesuatupun yang sebanding dengan (Zat-Nya, sifat-sifat-Nya dan pentadbiran)-Nya, dan Dia Maha Mendengar, Maha Melihat.”
(Asy-Syura : 11)
Menurut hadits Muhammad yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Adam memiliki postur badan dengan ketinggian 60 hasta (kurang lebih 27,432 meter). Hadits mengenai ini pula ditemukan dalam riwayat Imam Muslim dan Imam Ahmad, namun dalam sanad yang berbeza.”
“Hadis Abu Hurairah r.a katanya: “Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Allah telah menjadikan Nabi Adam setinggi enam puluh hasta. Setelah menciptakannya Allah berfirman: Pergi dan berikan salam kepada kumpulan itu. Mereka adalah sekumpulan Malaikat yang sedang duduk, maka dengarlah jawapan mereka kepadamu kerana salam itu adalah salam penghormatan untukmu dan keturunanmu. Maka Nabi Adam pergi dan mengucapkan: السَّلَامُ عَلَيْكُمْ Mereka menjawab: السَّلَامُ عَلَيْكَ وَرَحْمَةُ اللَّهِ Mereka menambahkan وَرَحْمَةُ اللَّهِ Maka rupa bentuk setiap manusia yang akan memasuki Syurga adalah seperti Nabi Adam. Ketinggiannya enam puluh hasta. Setelah Nabi Adam, rupa bentuk (ketinggian) manusia terus berkurang hingga sekarang.”
Sedangkan mengikut kajian saintifik yang telah di lakukan, mamalia seperti binatang ternak yang diternak oleh Habil seperti kambing tidak wujud lagi dan pokok-pokok yang hidup di zaman dinosaur tidak mungkin digunakan sebagai bercucuk tanam. Juga cerita tentang Qabil yang membunuh Habil, dan pada masa itu Qabil telah di tunjukkan oleh Allah SWT bagaimana burung gagak menanam burung gagak yang lain.
Jadi persoalannya di sini, wujudkah burung gagak di zaman dinosaur? Burung gagak sepatutnya hanya wujud semasa wujudnya mamalia-mamalia yang lain. Adakah yang dimaksudkan dengan burung gagak itu adalah sebetul-betulnya gagak kini? Atau adakah ia burung dari jenis zaman dinosaur juga yang menyerupai seekor gagak? Sedikit sebanyak memang dinosaur itu wujud kerana kita sudah melihat bukti fosil dan kajian saintifik dari segi sains. Tetapi kemusykilan tentang dinosaur dalam Islam masih banyak yang belum kita ketahui terutamanya dari segi kehidupan manusia pertama iaitu sejak zaman Nabi Adam a.s.


Kesimpulan
Dinosaur tidak disebut di dalam al-Quran secara tepat bukan bererti tidak penting tetapi itu adalah anugerah Allah untuk manusia supaya manusia mencari dan mengkaji masa lalu dan apa hubungannya degan kehidupan sekarang dan juga untuk masa depan . Bukankah itu salah satu tujuan Allah menciptakan manusia sebagai khalifah di muka bumi .