“Sesungguhnya Rumah Ibadat yang mula-mula dibina untuk manusia (beribadat kepada Tuhannya) ialah (Kaabah) di Makkah yang berkat dan (dijadikan) petunjuk hidayah bagi umat manusia.” - (Quran, al-Imran: 96)
Masih adakah yang ragu?
BUKTI SAINTIFIK KEAJAIBAN RAHSIA TERSEMBUNYI............
Kaabah adalah Pusat Bumi
Kota Makkah adalah satu-satunya tempat di atas muka bumi ini yang terletak bertepatan Titik Nisbah Emas dari semua sudut dan Kaabah pula berada pada Titik Nisbah Emas di Kota Makkah al Mukarramah.
Ia Bukanlah Satu Kebetulan.
Kota Makkah adalah satu-satunya tempat di atas muka bumi ini yang terletak bertepatan Titik Nisbah Emas dari semua sudut dan Kaabah pula berada pada Titik Nisbah Emas di Kota Makkah al Mukarramah.
Ia Bukanlah Satu Kebetulan.
Pemalar Phi Nombor Terhebat MATEMATIK, 1.618
Simbol Phi |
Nisbah ini wujud dalam setiap penciptaan Maha Pencipta, iaitu Tuhan Semesta Alam - Allah swt.
Dalam denyutan Jantung, nisbah aspek spiral DNA, dalam rekaan istimewa alam semesta yang dinamakan dodecehadron. Dalam penyusunan dedaunan tumbuhan yang panggil phylotaxy Dalam kristal disebut snowflakes Dalam struktur spiral pelbagai Galaksi Pencipta sering menggunakan ratio yang sama. Nombor Nisbah Emas iaitu 1.168
"You will see scientific proofs of unbelievable mysteries that have remained hidden in the Holy City of Mecca for thousand of years with your own eyes. Mecca is willed as direction of kowtow, convention place for billions of Muslims and as the holy center of Islam. Those Muslims, who can afford, are prescribed to arrive go on a journey through Kaaba, Muzdalifah and Arafah and to convene in the sacred city.
Phi Constant- 1.618, superior design number of mathematics. The Creator has always used the very same number in numerous events in the universe; in our heart pulses, the aspect ratio of DNA spiral, in the special design of the universe called dodecehadron, in the leaf array rules of plants called phylotaxy, in the snow flake crystals, in the spiral structure of numerous galaxies. The Creator used the same number; the number of golden ratio which is 1.618…" rujukan ibitians.com
Nisbah Jarak antara Makkah dan Kutub Utara (di bahagi) Jarak antara Makkah dengan Kutub Selatan ialah 1.618......
12348.32 di bahagi 7631.68 = 1.618034299132039679.......
Titik nisbah emas (Number of Golden Ratio) di bumi, menurut penentuan biasa lokasi yang digunakan dalam peta - latitud menunjukkan titik itu adalah Kota Makkah di mana Kaabah berada.
Jelaslah sekarang kepada kita kenapa Allah memilih Makkah sebagai tapak pembinaan Kaabah dan penemuan tersebut mengesahkan bahawa Islam adalah agama yang benar, tanpa sebarang keraguan. Walaupun musuh Islam cuba menafikan kebenaran Islam dengan berbagai cara, akhirnya terbukti melalui ahli sains barat - matematik (bukan Islam) yang menemui formula ini. *
Secara tidak langsung mereka telah membantu kita mendapatkan input terbaik untuk menolak dakwaan musuh Islam yang membenci agama Allah ini. Apa kata Zionis? Apa pendapat pendakwah kristian terhadap bukti ini, bagaimanakah mereka hendak menafikannya?. Bukti kebesaran Allah swt semakin jelas walaupun dari sudud mana sekalipun termasuk ilmu sains yang selama ini dunia Barat agung-agungkan. Mereka sibuk melihat keajaiban ini tetapi tidak bertemu fakta kebenaran Islam.Tidak mustahil juga ada yang menemuinya dan terbuka hati dengan rela menerima Islam. Semua itu atas keizinan Allah jua.
Makkah (ataupun Mekah dengan nama penuhnya Makkah al-Mukarramah; Bahasa Arab: مكة المكرمة) terletak lebih kurang 73km daripada timur Jeddah. Makkah merupakan tempat lahirnya Islam serta Nabi Muhammad s.a.w. dan juga tempat baginda menerima wahyu daripada Allah S.W.T. Makkah ialah kota paling suci bagi umat Islam. Setiap hari sebanyak lima kali sehari, lebih kurang 1.5 bilion Muslim tidak kira di mana mereka berada, pasti akan menghadap kiblat di Kota Makkah untuk bersolat. Sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup seseorang Muslim akan mengerjakan haji pada bulan Zulhijjah setiap tahun di tempat tersebut. Di sini juga terletaknya Al Masjid Al Haram yang mana terdapatnya Kaabah.
Dalam klip video di bawah, kita akan melihat satu rahsia dan bukti saintifik yang sukar untuk dipercayai yang tersembunyi dalam Bandar Suci Mekah selama beribu-ribu tahun. APAKAH rahsia tersebut? RAHSIA NOMBOR HEBAT METAMETIK – 1.618. Kenapa nombor ini dikatakan hebat? Kerana Allah S.W.T sering menggunakan nombor ini dalam penciptaan beberapa kejadian dalam alam semesta seperti denyutan jantung, nisbah spiral DNA, susunan daun dan struktur spiral pelbagai galaksi. Allah S.W.T sering menggunakan nombor yang sama iaitu “NOMBOR NISBAH EMAS – 1.618“.
Keunikan Manusia |
Selain itu, nisbah ini juga digunakan pada piramid di Mesir dan pada rekaan pelbagai binaan struktur bangunan yang terkenal. Seorang Astronomer bernama Kepler menyatakan bahawa nombor ini boleh diumpamakan sebagai HARTA yang sangat berharga. Manakala Dr. Steven Markout, Pakar Estetika pula telah membuktikan hasil kajiannya selama 25 tahun bahawa setiap RUPA dan BADAN manusia dihasilkan dengan menggunakan nisbah ini dianggap CANTIK oleh setiap orang di dunia ini. Ini kerana jika sebarang bentuk mempunyai nisbah aspek 1.618, nescaya bentuk ini akan menjadi NISBAH EMAS – REKABENTUK SEMPURNA (PERFECT DESIGN). Anologinya, ukuran pada wajah manusia di mana kedudukan ukuran mulut ke dagu, mulut ke hidung dan ukuran pada tangan manusia di mana ukuran nisbah pangkal tangan ke sendi, sendi ke tapak tangan semuanya didapati menggunakan nisbah 1.618.
Dimanakah Titik Nisbah Keemasan Di Bumi?
Hasil kajian mendapati “The World’s Golden Ratio Point” berdasarkan kepada nisbah 1.618 terdapat di bumi. Ia dapat dibuktikan dengan nisbah jarak antara Mekah dan Kutub Utara serta nisbah jarak antara Mekah danKutub Selatan yang didapati menggunakan nisbah 1.618. Jika dirujuk kepada kedudukan Mekah di dalam peta didapati kedudukan lokasinya berada di latitude yang menunjukkan Kota Mekah. Kalau diukur pula nisbah jarak Mekah ke arah Timur dan Barat yang ditentukan oleh garis solstis, ia masih menunjukkan Kota Mekah. Subhanallah…..
Semua bukti-bukti ini menunjukkan kepada kita bahawa Pencipta Alam danMetametik adalah SATU tuhan yang SAMA iaitu ALLAH S.W.T… http://apanamadotcom.wordpress.com/2011/05/24/
JIKA MEREKA TAHU RAHSIA INI
DAN MENGHAKIMINYA DENGAN KEWARASAN FIKIRAN... PASTI "SALIB" AKAN PATAH DENGAN SENDIRINYA.
Semua ilmu didunia ini adalah kepunyaan Allah yang diberikan khas pada manusia melalui intipati Al-Quran. Syaitan sangat bercita-cita menjahilkan semua manusia agar mudah disesatkan olehnya.
The golden ratio, also known as the divine proportion, golden mean, or golden section, is a number often encountered when taking the ratios of distances in simple geometric figures such as the pentagon, pentagram, decagon and dodecahedron. It is denoted , or sometimes .
The designations "phi" (for the golden ratio conjugate ) and "Phi" (for the larger quantity ) are sometimes also used (Knott), although this usage is not necessarily recommended.
Bawa berfikir dengan tenang dan cubalah mencari jawapan yang tersembunyi dari penemuan ini. Ini cuma sekelumit ilmu yang telah Allah Taala kurniakan dan mengizinkan kepada manusia untuk mengetahuinya. Walaupun begitu ia kelihatan tersangat hebat dan tentunya ia milik Maha Pencipta. Di bawah ini tulisan sahabat saya SHAHi (kini menetap di Luar Negara), Artikel beliau telah di siarkan dalam blog Umat Terakhir (telah terpadam).
Terima kasih SHAhi.
Nisbah Kesempurnaan Penciptaan
HARTA yang tertimbus di bawah runtuhan Istana Sulaiman sangat berharga untuk dimiliki manusia untuk mencipta kemajuan. Di bawah runtuhan itu, terkandung artifak-artifak berupa teks-teks yang tertulis pengetahuan-pengetahuan berharga. Namun, apakah pengetahuan itu yang membawa kepada perubahan tamadun moden yang sangat menjadi-jadi di Eropah dan dunia Barat?
(Mungkin) Pengetahuan inilah yang membolehkan orang Barat (selepas menemui koleksi pengetahuan kemajuan tamadun zaman Nabi Sulaiman) mencipta teknologi kerana setiap ciptaan (teknologi atau perubatan atau sebagainya) perlu tepat dan mematuhi hukum rumus dalam pengetahuan ini. Jika gagal mematuhi rumus ini dalam setiap ciptaan, maka ia (mungkin) tidak akan sempurna atau berfungsi dengan baik.
Di sini, salah satu pengetahuan itu akan dibuka kepada anda tanpa sebarang yuran atau bayaran. Pengetahuan yang juga ilmu Allah itu dikembangkan dalam rumus matematik yang sangat mudah untuk diselarikan dengan kegunaan-kegunaan saintifik, seni bina (terutama binaan jenis Masonic arkitektur) serta menentukan titik-titik mistik di seluruh permukaan bumi bagi menjana tenaga mistik.
Semoga pengetahuan yang dikongsi ini akan menjadi ilmu yang bermanfaat kepada semua. Jangan pula disalah guna, tidak dihalalkan pengetahuan ini jika mahu disalah guna di jalan yang bathil.
Ia adalah rumus matematik seperti di bawah:
Dalam rumus mudah, ukuran yang lebih panjang ditanda sebagai variable R (huruf besar), manakala ukuran yang lebih pendek ditanda sebagai variable r (huruf kecil). Manakala G adalah jawapan tetap yang tidak bersandar.
R/r:G = 1.618
Melalui rumus ini, kita akan melihat kebesaran Allah yang memiliki segala ilmu dalam mencipta setiap kejadian dengan sempurna. Ia adalah rumus matematik yang menentukan setiap ciptaan berada pada nisbah paling sempurna seperti kehendak-Nya (selebihnya, hanya Allah Maha Pencipta yang lebih mengetahui). Nisbah yang juga berada pada setiap unsur dalam tubuh kita sendiri, juga berada pada titik tengah bumi iaitu Kaabah, juga berada di segenap galaksi raya, juga berada pada setiap kedudukan bintang-bintang dan planet-planet. Ia adalah angka unik yang berada pada setiap jasad makhluk ciptaan-Nya bagi menunjukkan kebesaran-Nya supaya kita menjadi makhluk yang mahu memikirkan kekuasaan-Nya serta sentiasa memuji-muji dan mensyukuri nikmat-Nya.
Sebelum pandang yang jauh-jauh, adalah lebih baik memandang tubuh kita sendiri. Setiap ukuran tubuh kita jika dihitung dengan rumus matematik itu, ia akan memberi satu jawapan iaitu 1.618 dan ia adalah kiraan ukuran yang ada dalam setiap kejadian makhluk, tidak hanya kepada kejadian manusia.
Sila kekalkan dalam ingatan terhadap rumus ini pada sepanjang anda membaca artikel ini, ukuran lebih panjang ditanda R dan ukuran lebih pendek ditandar. Jawapan selepas dibahagi R kepada r pula ialah G.
Untuk mengira salah satu daripadanya, kita ambil ukuran ketinggian dari dagu hingga bibir bawah dan kita letakkan ia sebagai pemboleh-ubah (variable) R. Manakala ukuran dari bibir atas hingga bawah hidung pula sebagai variable r. Kemudian, mulakan pengiraan mudah dengan R dibahagikan dengan r untuk mendapatkan nilai G yang tidak pernah berubah iaitu 1.618. Angka ini bukan hanya terletak antara dagu dengan hidung, malah tulang rangka yang menghubung sendi-sendi, titik antara hujung jari-pergelangan tangan-siku juga mempunyai nilai titik yang sama, titik ukuran hasta hingga leher juga sama. Angka itulah yang menjadi titik tengah dalam setiap kesempurnaan makhluk ciptaan-Nya.
Nilai G yang diperoleh tidak akan lebih dan tidak akan kurang, melainkan tepat dengan angka 1.618. Begitu juga jika diambil ukuran dari sendi ke sendi tubuh yang lain dan dikira menggunakan rumus ini, jawapannya akan tetap sama iaitu 1.618. Sama juga jika diambil kiraan dari ketinggian pinggang ke bawah dan ditanda sebagai R, manakala ukuran pinggang ke atas pula ditanda r. Jawapan tetap sama. Tiada perbezaan walaupun satu nombor. Ia tetap 1.618.
Kiraan yang sama juga wujud pada haiwan, tumbuhan, batu-batuan, keluasan antara darat dengan air, ketinggian antara perut bumi dengan sempadan akhir atmosfera bumi, beza keluasan antara wilayah timur dengan barat.
Kiraan yang sama turut wujud dalam DNA, kuantiti seimbang (standard mengikut tahap kesihatan terbaik) antara sel darah merah dengan putih, kuantiti isipadu darah dengan jumlah pembuluh darah, kadar beza masa degupan jantung sihat antara bunyi degup pertama dengan degup kedua dalam satu set degupan (jantung berbunyi dua kali dalam satu degupan penuh ‘dup-dup sekali degup, dup-dup, dup-dup dua kali degup’), SEMUA kiraan akan menemui satu jawapan tunggal iaitu 1.618, tidak kira walau sebesar mana angka R dan r, apabila dibahagi antara kedua-duanya, jawapan akan tetap 1.618 kerana Allah telah menetapkan sedemikian.
Angka ini jugalah yang menunjukkan hubungan tanggungjawab manusia dalam menjaga agama Allah. Ia menunjukkan manusia sebenarnya diciptakan untuk beribadat kepada Allah, menunjukkan manusia dipertanggungjawabkan untuk menjaga rumah Allah, menunjukkan mengapa manusia hanya selamat daripada Dajjal jika berlindung di Makkah dan Madinah, bukan di tempat lain. Angka emas yang menjelaskan setiap hubungan antara makhluk dengan Pencipta. Tapi, bagaimana setiap hubungan ini boleh dijelaskan?
Umum umat Islam percaya bahawa Kaabah adalah titik tengah bumi. Tapi bagaimana ia boleh dibuktikan? Jawapannya terdapat pada rumus ini. Jika diambil jarak Kaabah hingga Kutub Utara, kita akan mendapat pemboleh ubah 7,631.68 kilometer dan ditandakan sebagai r. Manakala jarak dari Kaabah hingga Kutub Selatan pula ialah 12,348.32 kilometer ditanda sebagai R kerana angkanya lebih besar. Bahagikan jarak Kutub Selatan kepada Kutub Utara, dan jawapannya ialah 1.618. Titik kedudukan Kaabah adalah di tengah-tengah antara kiraan daratan dan lautan. Angka yang sama seperti terdapat pada kiraan anggota-anggota tubuh manusia dan segala makhluk ciptaan-Nya yang lain.
Kebetulan? Kita lihat lagi, kedudukan Kaabah jika dikira jarak dari titik hujung lautan di benua Asia di atas peta dunia (ditanda r) dan dibahagi dengan jarak dari titik hujung lautan di benua Barat iaitu Amerika (ditanda R) juga akan menunjukkan jawapan yang sama. Begitu juga jawapannya jika mengambil kiraan kedudukan Kaabah dari setiap arah tidak kira Tenggara, Barat Laut, Barat Daya, Timur Laut juga akan memberi jawapan yang sama, 1.618.
Kedudukan geografi Kaabah terletak di titik 1.618 dari semua arah.
Kita ambil pula bukti secara numerologi mengikut susunan huruf dalam ayat al-Quran. Kita ambil ayat yang menyebut Kaabah iaitu ayat 96 dari surah al-Imran.
“Sesungguhnya Rumah Ibadat yang mula-mula dibina untuk manusia (beribadat kepada Tuhannya) ialah (Kaabah) di Makkah yang berkat dan (dijadikan) petunjuk hidayah bagi umat manusia.” - (Quran, al-Imran: 96)
Bukan maksud ayat yang kita beri tumpuan tetapi bilangan huruf Arab mengikut mushaf. Dalam ayat itu (ayat dalam tulisan Arab), kita ambil huruf pertama ayat iaitu ‘alif’ sehingga huruf ‘tha/ha’ iaitu huruf terakhir dalam perkataan 'bibakkah' dan kira jumlah huruf dari perkataan pertama sehingga perkataan 'bibakkah'. Bibakkah bermaksud Makkah yang berkat dan ia merujuk kepada Kaabah (maaf jika tersilap). Kemudian ambil pula huruf pertama iaitu ‘mim’ selepas huruf ‘tha/ha’ tadi sehingga huruf terakhir ayat. Bahagikan kedua-dua jumlah itu mengikut hukum nisbah dan lihat jawapannya.
Jika diteliti maksud ayat pula, bukankah Allah menjelaskan bahawa Kaabah itu menjadi ‘petunjuk hidayah’ kepada umat manusia, andai manusia tahu hubungan penciptaan mereka dengan Kaabah. Salah satu hubungannya terletak pada kiraan-kiraan yang ditetapkan-Nya, lain-lain hubungan pula hanya Allah lebih mengetahui. Kaabah adalah pusat tenaga mistik (sekadar menyebut sebagai mistik kerana gagal jumpa istilah sesuai untuk konteks ayat ini).
Maka, manusia diwajibkan menunaikan haji di Baitullah dan melakukan tawaf di sekeliling Kaabah itu juga menunjukkan hubungannya supaya manusia yang memiliki titik nisbah yang sama dapat membersihkan diri serta jiwa di titik tengah alam semesta yang juga berada pada nisbah yang serupa.
Arah dan bilangan pusingan tawaf juga terkandung dalam nisbah penciptaan dan perintah tawaf juga bersebab dan boleh diperjelaskan secara nombor bagi mencari titik musabab, tetapi tidak akan djelaskan dalam artikel ini, mungkin dalam artikel selanjutnya.
Bagaimana dan mengapa nisbah ini dapat mengubah dunia Barat daripada kegelapan kepada cahaya pengetahuan? Bagaimana nisbah ini diolah melalui rumus-rumus pembezaan sehingga menjadi rumus-rumus spesifik yang tepat dan kompleks untuk bidang-bidang khusus seperti kimia, biologi, astrofizik dan sebagainya? Bagaimana rumus-rumus pelik dalam dunia sains Barat boleh terhasil dari nisbah ini?
Bagaimana muncul istilah sacred science, sacred mathematics, sacred knowledge, sacred matrix, sacred geometry dan sebagainya? Bagaimana muncul idea time tunnel, wormhole dan paradoks? Jawapannya juga ada dalam rumus R/r:G kerana ia adalah hukum kesempurnaan ciptaan.
Simbol-simbol Mason juga dibina tepat mengikut rumus ini. Bangunan-bangunan berunsur Mason juga dibina tepat mengikut rumus. Maka sebab itulah pernah diberitahu kepada anda dalam artikel terdahulu (Tenaga Ritual Siri Satu) iaitu tidak semua bangunan yang kelihatan bercirikan Mason atau piramid atau obelisk itu mampu menjana tenaga mistik. Rupa bentuk sahaja belum cukup untuk berfungsi secara mistik, ia perlu tepat dari segi kiraan reka bentuk. Ia perlu menepati titik nisbah kesempurnaan untuk berfungsi dengan baik.
Hasil-hasil kerja Leonardo Da Vinci juga menggunapakai rumus ini. Setiap kerja konspirasi menggunapakai rumus sempurna ini (meskipun dari segi penetapan tarikh sesuatu kejadian seperti 9-11 atau sebagainya) bagi memastikan segala tipu helah mereka berjalan dengan sempurna. Di sebalik penguasaan rumus ini, anda akan mampu membaca minda mereka untuk mengetahui kebarangkalian rancangan mereka yang selanjutnya atau anda juga boleh membaca minda sesiapa sahaja jika anda tahu menggunakannya. Ia kerana rumus ini sangat sempurna.
Disebabkan rahsia inilah umat manusia terus terbuai dalam perangkap nafsu-nafsi. Bukan salah rumus itu, tetapi puak-puak syaitan menyalahgunakan untuk kepentingan materialistik mereka dalam menyesatkan manusia. Minda menjadi lebih mudah dikawal dengan cara menguasai setiap titik yang berada dalam tubuh manusia menggunakan rangsangan luaran. Jika anda mampu menjaga titik-titik ini, tiada satu makhluk pun yang mampu menguasai jiwa anda.
Namun, terdapat satu lagi titik yang tidak boleh dihitung dengan ukuran sendi-sendi, sel-sel, pembuluh darah atau lain-lain organ manusia supaya tidak boleh dikuasai makhluk melainkan pemilik jasad itu sendiri yang berusaha memeliharanya, ia adalah titik yang lebih sempurna daripada semua titik di kalangan makhluk. Titik itu adalah IMAN. Jagalah iman supaya mereka tidak merosakkannya atas kerelaan anda sendiri.
Allah tidak memerlukan sebarang formula atau hukum sains untuk dipatuhi dalam mencipta setiap kejadian mengikut kehendak dan kekuasaan-Nya. Hukum fizik, biologi atau kimia adalah ilmu Allah. Jika Allah berkehendak mencipta sesuatu, DIA tidak perlu mengikut hukum-hukum sains. Apabila Allah berkata JADI!, MAKA JADILAH kejadian yang dikehendaki mengikut kehendak-Nya tanpa sebarang halangan. Penciptaan Nabi Isa tidak perlu mematuhi hukum sains, begitu juga penciptaan Adam dan Hawa. Begitu juga dengan unta dalam kisah Nabi Salleh. Begitu juga dengan Manna dan Salwa yang turun daripada langit sebagai hidangan kepada kaum Nabi Musa.
Artikel ini BUKAN untuk mengatakan bahawa ALLAH mencipta sesuatu mengikut hukum sains. TIDAK SAMA SEKALI. Allah tidak memerlukan hukum sains untuk mencipta sebarang kejadian. Ciptaan Allah jugalah yang dikaji secara sains oleh manusia.
ALLAH JUGALAH YANG LEBIH MENGETAHUI SETIAP RAHSIA KEJADIAN DI LANGIT DAN DI BUMI. - SHAHi
Rahsia logo Illuminati dan Mason: mereka begitu taksub dengan Jometri dan piramid serta mendewakannya sebagai lambang kesepurnaan dalam setiap "ciptaan" mereka termasuk kerja jahat dan konspirasi.
* TAMBAHAN:
Hanya seorang Muslim yang direkodkan terlibat dalam perkembangan kajian Golden Ratio ini iaitu seorang Yahudi yang telah memeluk Islam.
Ibn Yaḥyā al-Maghribī al-Samawʾal السموأل بن يحيى المغربي، also known as Samau'al al-Maghribi (c. 1130 in Baghdad, Iraq – c. 1180 in Maragha, Iran) was a Muslim mathematician and astronomerof Jewish descent.[1] Though born to a Jewish family, he converted to Islam in 1163 after he had a dream telling him to do so. [2] His father was a Jewish Rabbi from Morocco.[3
No comments:
Post a Comment