Tuesday, May 8, 2012

Apa itu radiasi??






                                                      RADIASI  ???


Radioaktif

Majoriti kita seakan fobia apabila menyebut tentang radiasi. Perkara yang terlintas di fikiran kita adalah nuklear, bom atom, kecacatan dan pencemaran.
Ia berkait rapat dengan beberapa siri tragedi pencemaran radiasi paling kritikal yang pernah berlaku seperti Chernobyl di Russia ,Hiroshima di Jepun dan terbaru Fukushima juga di Jepun.
chernobyl fukushima
Tidak kira apa jua cerita baru tentang radiasi timbul kita hanya akan memahami radiasi dari sudut begitu sahaja.
Bukankah lebih baik jika kita dapat mengkaji lebih mendalam mengenai radiasi ini sebelum kita menggelabah tak tentu pasal.
Konsep dan punca radiasi ini adalah lebih luas dari apa yang kita jangkakan. Anda pasti akan berfikir kembali apabila selesai membaca artikel ini. Untuk permulaan, radiasi tidak hanya berasal dari nuklear.
Radiasi sebenarnya telah timbul sebelum nuklear dan bom atom dicipta. Malah lebih lama lagi sebelum munculnya petroleum, kenderaan, satelit, tenaga elektrik dan telefon.
Jadi dari mana radiasi ini datang?
Secara asasnya sumber radiasi ini boleh dikelaskan kepada dua sumber iaitu semulajadi danciptaan manusia.
Kewujudan radiasi secara semulajadi ini adalah seperti dari angkasa lepas, permukaan bumi dan tubuh badan manusia.
Semua kehidupan di muka bumi ini sudah lama terdedah kepada radiasi angkasa lepas. Antara sumber utamanya adalah matahari yang membentuk Gama dan Beta apabila partikel sinarannya melalui atmosfera bumi.
Matahari-Bumi
Kuatnya radiasi ini adalah bergantung kepada kedudukan geografi dan kekuatan magnetik bumi di sesebuah kawasan.
Permukaan bumi ini sendiri juga telah lama dipenuhi dengan bahan radiasi yang boleh kita dapati dari tanah, air dan tumbuh-tumbuhan (sayuran, buah-buahan atau tumbuhan liar).
Ini bererti tanah yang anda pijak setiap hari dan air yang anda minum sejak kecil mengandungi elemen radiasi.
kaki-ayam  bayi-air
Ia turut menggambarkan bahawa radiasi ini telah wujud sebelum dinosaur menguasai bumi jutaan tahun lampau.
Lebih mengejutkan, unsur radiasi ini sudah pun berada di dalam tubuh badan semenjak kita dilahirkan. Bahan radiasi seperti Potassium-40, Karbon-14, Plumbum-210 dan gas Radon dikesan menjadi sebahagian dari diri kita. Tahap kekuatan radiasi bahan terbabit dalam tubuh seseorang adalah bebeza di antara satu sama lain.
Maknanya, tubuh badan nenek-moyang kita yang hidup ratusan tahun dahulu juga mempunyai unsur radiasi ini. Ada diantara mereka dapat hidup melebihi seratus tahun.
radiasi-badan
Seterusnya radiasi yang berpunca dari ciptaan manusia ini amat banyak dan boleh di kategorikan kepada radiasi awam dan radiasi pekerjaan.
Radiasi awam ini adalah pendedahan kepada peralatan dan persekitaran kita sekarang seperti rokok, televisien, komputer, radio, mesin x-ray, bangunan, telefon bimbit, tablet, ketuhar mikro, peti sejuk, jam tangan, kesesakan orang ramai atau lalu lintas, kamera dan lain-lain.
radiasi-telefon
Manakala radiasi pekerjaan adalah mereka yang melakukan kerja yang berkaitan dengan bahan beradioaktif seperti pekerja di pusat janakuasa nuklear, kilang kimia, pelombong arang batu, pelombong bijih besi, pembuatan barangan elektrik, kajian nuklear dan sebagainya.
Kesimpulannya radiasi ini bukanlah perkara asing dalam kehidupan manusia malah ia adalah sebahagian dari diri kita. Namun tahap radiasi tersebut masih di tahap mikro di mana tidak membahayakan manusia.
Bagi mengelakkan lebihan radiasi agensi-agensi pemantauan akan lebih kerap melakukan ujikaji di kawasan berisiko tinggi bagi memastikan para pekerja tidak melebihi had pendedahan radiasi yang telah ditetapkan. 
Sekarang anda tahu apa itu radiasi, kini anda sepatutnya tahu yang sebahagian daripada kesan radiasi sudah pun anda terima ketika membaca artikel ini.

Info:
Potassium digunakan sebagai bahan pembinaan jana elektrik solar, fotografi, mercun, mancis dan pewarna tekstil.
Karbon digunakan untuk tujuan kajian perubatan untuk pesakit diabetes, gout dna anemia. Ia turut digunakan untuk mengukur usia sesuatu fosil atau bahan organik.
Plumbum digunakan dalam pembuatan bateri, campuran pada besi dan sebagainya.
Tiga elemen radiasi di atas menunjukkan kegunaanya secara meluas dalam industri pembuatan, kajian dan perubatan tapi bahan yang sama juga berada dalam badan kita.