Loading...

Thursday, September 23, 2010

Rahsia Fadhilat Surah Al-Kausar

Surah al-Kausar adalah surah paling pendek dalam al-Quran. Ia hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah. Ia bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik. Rasa airnya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan baunya lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi baginda iaitu anak lelakinya, Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.
Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-
  1. Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita .
  2. Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher. Insya-Allah hilang dahaga.
  3. Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.
  4. Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.
  5. Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.
  6. Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.
  7. Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.
Semoga dapat amal.

20 Petua Murah Rezeki

1. Jangan sekali-kali lupa untuk menunaikan ibadah kepada Allah
Walau sibuk macammana sekalipun, pastikan diri kita sentiasa menunaikan perintah2 Allah. Beribadah kepada Allah, maka insyaAllah pasti diri kita akan dimurahkan rezeki dan mendapat keberkatan.
Allah (SWT) tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-
Nya dalam hadis qudsi:
“Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan
membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)

2. Memperbanyak istighfar
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan
Allah (SWT) , yang menjadi sebab Allah (SWT) jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba.
Sabda Nabi s.a.w.:
“Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah (SWT) s.w.t akan
menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad,
Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)

3.Tinggalkan perbuatan dosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah (SWT) jika masih buat dosa. Dosa bukan
saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w. :
“… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa
yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)

4.Berzikir dan Sentiasa ingat Allah (SWT)
Banyak ingat Allah (SWT) buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah (SWT) beri kepada orang beriman. Firman-Nya:
“(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan
mengingati Allah (SWT) . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah (SWT) hati menjadi tenteram.” (Ar-Ra’d:28)

5.Berbakti dan mendoakan ibu bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar
siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah
berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan.
Baginda s.a.w. juga bersabda:
“Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan
Allah (SWT) akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)
Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w. :
“Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya
nescaya terputuslah rezeki (Allah (SWT) ) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

6.Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan
dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w. :
“Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana
orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)

7.Tunaikan hajat orang lain
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah (SWT) lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.:
“Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah (SWT) akan menunaikan hajatnya…”
(Riwayat Muslim)

8.Banyakkan berselawat
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita
tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan,
kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan
terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.

9. Buat kebajikan banyak-banyak
Ibnu Abbas berkata:
“Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan
rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain.
Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati,
melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”

10.Bangun pagi awal (Jangan tidur sampai tengahari)
Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian
sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang membaca keberkatan dan murah rezeki.

11.Menjalin silaturrahim
Nabi s.a.w. bersabda:
“Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari)

12.Selalu berada dalam keadaan berwuduk
Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah (SWT) . Baginda s.a.w. bersabda:
“Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah (SWT) akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)

13.Selalu Bersedekah
Sedekah mengundang rahmat Allah (SWT) dan menjadi sebab Allah (SWT) buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:
“Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah (SWT) azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah (SWT) membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah (SWT) menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)

14.Selalu bangun solat malam (tahajud)
Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah (SWT)

15.Selalu menunaikan Solat Dhuha
Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah (SWT) dalam hadis qudsi:
“Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

16.Bersyukur kepada Allah (SWT)
Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah (SWT) . Lawannya adalah kufur nikmat. Allah (SWT) berfirman:
“Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” (Ibrahim: 7)
Firman-Nya lagi:
“… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran: 145)

17.Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu
Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.
Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah (SWT) lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.
Salah satu nama Allah (SWT) , al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca “Ya Allah (SWT) ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah (SWT) , bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya `Alim.”
Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.

18.Selalu berdoa dan meminta pertolongan daripada Allah
Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah (SWT) , penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah (SWT) suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.

19.Berusaha dan berikhtiar sehabis baik
Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah (SWT) berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah (SWT) beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim).
Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.

20.Bertawakal dan meletak sepenuh harapan hanya kepada Allah
Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah (SWT) . Firman-Nya:
“Barang siapa bertawakal kepada Allah (SWT) , nescaya Allah (SWT) mencukupkan (keperluannya) .” (At-Thalaq: 3)
Nabi s.a.w. bersabda:
“Seandainya kamu bertawakal kepada Allah (SWT) dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at- Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)
Kesemua yang disebutkan di atas adalah amalan-amalan yang membawa
kepada takwa. Dengan takwa, Allah (SWT) akan beri “jalan keluar (dari
segala perkara yang menyusahkan) , dan memberinya rezeki dari jalan
yang tidak terlintas di hatinya.” (Rujuk At-Talaq: 2-3)

Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata
yang sebenarnya, kuncinya adalah melaksanakan ibadah dan amalan-amalan yang menambahkan ketakwaan kepada Allah.
Amalan-amalan takwa ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah (SWT) , lalu Allah (SWT) limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.
Sekian, semoga kita semua dimurahkan rezeki dan hidup dengan penuh keberkatan dan rahmah daripadaNYA. InsyaAllah.

Wednesday, September 22, 2010

Rahsia keajaiban nombor di dalam al-Quran

Subhanallah! Ajaib tetapi benar! Lihatlah sebahagian daripada hasil kajian seorang cendekiawan Islam terhadap kandungan Al-Quran.
Didapati banyak perkara telah disentuh dan telah dibuat kajian oleh manusia seperti nombor, astronomi, angkasalepas, perubatan, geologi, kejuruteraan, minda dan sebagainya.
Bilangan tentang perkara yang disebutkan di dalam Al-Quran:
  • DUNIA - 115 kali
  • AKHIRAT - 115 kali
MALAIKAT - 88 kali
SYAITAN - 88 kali
  • HIDUP - 145 kali
  • MATI - 145 kali
FAEDAH - 50 kali
KERUGIAN - 50 kali
  • UMMAH - 50 kali
  • PENYAMPAI - 50 kali
IBLIS : PENGHULU SYAITAN - 11 kali
MOHON PERLINDUNGAN DARIPADA IBLIS - 11 kali
  • BALA/MUSIBAH - 75 kali
  • BERSYUKUR - 75 kali
BERSEDEKAH - 73 kali
BERPUAS HATI - 73 kali
  • ORANG YANG SESAT - 17 kali
  • ORANG YANG MENINGGAL DUNIA - 17 kali
MUSLIMIN - 41 kali
JIHAD - 41 kali
  • EMAS - 8 kali
  • KEMURAHAN HIDUP - 8 kali
KEAJAIBAN - 60 kali
FITNAH - 60 kali
  • ZAKAT - 32 kali
  • BERKAT - 32 kali
MINDA - 49 kali
NUR - 49 kali
  • LIDAH - 25 kali
  • SUMPAH - 25 kali
NAFSU - 8 kali
KETAKUTAN - 8 kali
  • BERCAKAP DI KHALAYAK RAMAI - 18 kali
  • BERDAKWAH - 18 kali
KESUSAHAN - 114 kali
KESABARAN - 114 kali
  • MUHAMMAD - 4 kali
  • SYARIAT - 4 kali
LELAKI - 24 kali
PEREMPUAN - 24 kali
  • SOLAT (SEMBAHYANG) - 5 kali
BULAN - 12 kali
  • HARI - 365 kali
LAUTAN - 32 kali
DARATAN - 13 kali
LAUT dan DARAT = 32 + 13 = 45
Justeru itu, peratusan laut = 32/45 x 100 = 71.11111111 peratus
Peratusan daratan = 13/45 x 100 = 28.88888889 peratus
JUMLAH = 100 peratus
Kajian sains oleh manusia telah membuktikan bahawa air meliputi 71.111 peratus daripada bumi dan tanah meliputi 28.889 peratus.
Begitulah kebesaran dan keagungan ciptaan Allah SWT!!
Nota: Diterjemahkan daripada karya asal yang dipetik daripada “The Series Of The Scientific Miracles In Quraan,” oleh Dr. Tariq Al Suwaidan.
Sekian, semoga bertambah keyakinan dan keimanan anda kepada Allah dengan pendedahan ini.

Kenapa Aku Yang Ditakdirkan Sebegini Rupa ???

KENAPA AKU DIUJI ?
Surah Al-Ankabut, ayat 2-3
Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan ( saja ) mengatakan :
“kami telah beriman “,
sedangkan mereka tidak diuji lagi?
Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang sebelum mereka,
maka sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.


KENAPA AKU TIDAK MENDAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?
Surah Al-Baqarah, ayat 216
Boleh jadi kamu membenci sesuatu,
padahal ia amat baik bagimu,
dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu,
Allah mengetahui,
sedangkan kamu tidak mengetahuinya.


KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
Surah Al-Baqarah, ayat 286
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.


RASA KECEWA?
Surah Al-Imran, ayat 139
Janganlah kamu bersikap lemah,
dan janganlah (pula) kamu bersedih hati,
padahal kamulah orang2 yang paling tinggi (darjatnya),
jika kamu orang2 yang beriman.


BAGAIMANA AKU HARUS MENGHADAPINYA?
Surah Al-Imran, ayat 200
Hai orang2 yang beriman,
bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu
dan tetapkanlah bersiap siaga (diperbatasan negerimu)
dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beruntung.

Surah Al-Baqarah, ayat 45
Dan mintalah pertolongan (kepadaAllah) dengan jalan sabar dan solat.
Dan sesungguhnya solat itu amatlah berat,
kecuali bagi orang-orang yang khusyuk.


APA YANG AKU DAPAT DARI SEMUA INI?
Surah At-Taubah, ayat 111
Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang2 mukmin,
diri dan harta mereka dan memberikan syurga untuk mereka.

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
Surah At-Taubah, ayat 129
Cukuplah Allah bagiku,
tidak ada Allah selain Dia.
Hanya kepadaNya aku bertawakal.


AKU TIDAK DAPAT BERTAHAN LAGI !!!!!
Surah Yusuf, ayat 37
Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah.
Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah,
melainkan kaum yang kafir.
 

Sunday, September 5, 2010

Kebenaran Al Quran mengenai keruntuhan WTC


KEBENARAN AL-QURAN PERISTIWA RUNTUH BANGUNAN WORLD TRADE
CENTRE NEW YORK 
MUKJIZAT TERDEDAH
AS SALAMUALAI KLJM WRT
Satu penemuan terbaru yang menakjubkan mengenai kehebatan Al Quran.
Fakta ini ditemui oleh Dr Zaghlul Najjar, seorang ulamak Mesir yang bijak di bidang
sains, pernah mengajar di Amerika. Kini bertugas di Saudi.
Ramai saintis Barat telah menganut Islam hasil dakwah beliau yang menggabungkan fakta sains yang bertepatan dengan Al Quran. Kajian—kajian beliau seiring dengan Syeikh Abdul Majid Zandani, Yaman.
Penemuan terbaru beliau ialah berkaitan tragedi 11 September di WTC New York. Di dalam al Quran terdapat ayat yang seolah—olah telah memberi isyarat awal mengenai kejadian ini (sedangkan al Quran diturunkan lebih 1400 tahun yang lalu).
Fakta tragedi tersebut ialah seperti berikut:
Ketinggian bangunan WTC: 110 tingkat
Tarikh kejadian: 11 haribulan
Bulan: 9
Tahun: 2001
Fakta yang terdapat di dalam al Quran: Ketika Allah menempelak golongan yang membina masjid Dhirar, beberapa ayat telah diturunkan. Antaranya ialah ayat yang menceritakan bahawa musuh-musuh Islam sentiasa mernbina bangunan tinggi dan bangunan itu akhirnya menjadi punca kegelisahan mereka sendiri sehingga digambarkan bahawa hati mereka seolaholah dikerat-kerat dan dipotong.
Ayat berkenaan ialah ayat 110 surah At Taubah (Al Bara’ah). Maka faktanya lebih
kurang sama dengan kejadian 11 September:

Ayat yang ke : 110 (Bangunan WTC 110 tingkat) 
Juzuk ke : 11 (Tarikh kejadian 11 haribulan)
Surah ke : 9 (kejadian berlaku dalam bulan 9)
Huruf terakhir adalah huruf yang ke : 2001
(kejadian berlaku dalam tahun 2001)


Ini  adalah  satu perbandingan yang tepat. Tetapi  sejauh  mana  maksud Allah  Taala   di dalam ayat  ini  bertepatan dengan  kejadian di Amerika   itu tidaklah   kita  ketahui. Cuma oleh kerana  ada  persamaan  fakta dan persamaan makna ayat, maka kita boleh mengarnbil iktibar kerana kaedah ilmu tafsir menyebut:
“Pengajaran daripada sesuatu ayat itu diambil daripada maknanya yang umum dan
bukan daripada sebab turun ayat yang khusus.
Wallahu a’lam bissawab

Friday, September 3, 2010

Peristiwa Yang Berkaitan Dengan Bulan Islam



 
 
1. Muharram (29 hari)
•1 Muharram - Awal hijrah
•10 Muharram - Hari Asyura
•Hari kematian saidina Hussain bin Ali cucu Rasulullah s.a.w.
 
2. Safar (29 hari)
 
3. Rabi'ul Awwal (29 hari)
•1 Rabi'ul awwal – Nabi Muhammad dilantik menjadi Rasul
•2,3&4 Rabi'ul awwal – Rasulullah bersembunyi di gua Hira'
•8 Rabi'ul awwal – Pembinaan masjid quba'(masjid pertama dalam sejarah islam)
•12 Rabi'ul awwal – Hari keputeraan Baginda Rasul.
•12 Rabi'ul awwal – Hari kewafatan Baginda Rasul.
 
4. Rabi'ul Akhir (30 hari)
•Berlaku perang Jamal, perang saudara pertama dalam islam
 
5. Jamadil Awal (29 hari)
•8 Jamadil awal – Hari kelahiran Saidina Ali bin Abi talib
 
6. Jamadil Akhir (30 hari)
•8 Jamadil akhir – Saidina Umar di lantik menjadi khalifah kedua.
•20 Jamadil akhir – Tarikh kelahiran Siti Fatimah.
•28 Jamadil akhir – Wafatnya Saidina Abu Bakar
 
7. Rejab (30 hari)
•26-27 Rejab – Israk Mikraj
 
8. Sya'ban (30 hari)
•14 Sya’ban – Malam Nisfu Sya’ban
•15 Sya’ban – Pertukaran Kiblat dari Masjid Al-aqsa ke Kaabah Masjidul Haram
 
9. Ramadhan (29/30 hari)
•8 Ramadhan Tahun 2 – Perang Badar
•10 Ramadhan Tahun Ke 10 – Pembukaan Makkah
•17 Ramadhan – Ayat Quran pertama turun di Gua Hira’
•17 Ramadhan tahun ke 40 – Pembunuhan Saidina Ali di Kufah
 
10. Syawal (29 hari) 
•1 Syawal – Hari Raya Aidil Fitri
•5 Syawal Tahun Ke 5 – Perang Uhud
 
11. Zulkaedah (30 hari)
•Berlakunya Haji Wida’ Rasulullah bersama 100,000 orang rombongan
 
12. Zulhijjah (30 hari)
•8 Zulhijjah – Hari Wida’ Nabi yang terakhir
•Akhir Zulhijjah 23H – Saidina Omar mati dibunuh
•18 Zulhijjah 23H – Saidina Othman mati dibunuh
•27 Zulhijjah 132H – Jatuhnya kerajaan Bani Umaiyyah.
 

 
 
 

Rahsia Surah ٌAl-Fatihah

http://th01.deviantart.com/fs9/300W/i/2006/040/8/f/islamic_Background_by_el3sl.jpg

Sesiapa membaca surah Al-Fatihah dalam keadaan berwuduk sebanyak 70 kali setiap hari selama tujuh hari lalu ditiupkan pada air yang suci lalu diminum maka ia akan memperolehi ilmu dan hikmah serta hatinya dibersihkan dari fikiran rosak.
Diantara khasiat Fatihah ialah siapa yang membaca ‘Al-Fatihah’ diwaktu hendak tidur, Surah ‘Al-Ikhlas’ sebanyak 3 kali dan Mu’awwidzatain maka ia akan aman dari segala hal selain ajal. Dan siapa berhajat (berkeinginan sesuatu) kepada Allah s.w.t.maka olehnya dibaca surah Al-Fatihah sebanyak 41 kali diantara sembahyang sunat Subuh dan sembahyang fardu Subuh sampai 40 hari (tidak Lebih) kemudian memohon kepada Allah s.w.t. maka Insyaallah ia penuhi keperluan hidupnya.
  • Barangsiapa membaca Fatihah berserta Bismillah diantara sunat Subuh dan fardu Subuh dengan Istiqomah maka kalau ia inginkan pangkat terkabullah ia dan kalau ia fakir maka akan kaya serta jika ia punya hutang maka mampu membayanrnya dan kalau ia sakit maka akan sembuh serta kalau ia punya anak maka anaknya itu menjadi anak yang soleh, berkat surah Al-Fatihah.
  • Barangsiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah sebanyak 20kali setiap selesai sembahyang fardu lima waktu maka Allah s.w.t. luaskan rezekinya, baiki akhlaknya, mudahkan urusannya, hilangkan keperihatinannya dan kesusahannya, anugerahkan apa yang ia angan-angankan, dapatkan berbagai berkat dan kemuliaan, jadikan ia berwibawa, berpangkat luhur, berpenghidupan baik dan ia pula anak-anaknya terlindung dari kemudharatan dan kerosakan serta dianugerahkan kebahagiaan dan sebagainya.
  • Barangsiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah sebanyak 125 kali selesai sembahyang Subuh maka ia peroleh maksudnya dan ia ketemukan apa yang dicari-cari serta sebaiknya ia panjatkan doa yang bermaksud:
“Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepada-Mu dengan kebenaran Surah Al-Fatihah dan rahsianya, supaya dimudahkan bagiku semua urusanku, sama ada urusan dunia atau urusan akirat, supaya dimakbulkan permohonanku dan ditunaikan hajatku………..”
  • Barangsiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah diwaktu sahur (tengah malam) sebanyak 41 kali maka Allah s.w.t.bukakan pintu rezekinya dan Dia mudahkan urusannya tanpa kepayahan dan kesulitan. Selesai bacaan Al-Fatihah tersebut dan sebaiknya berdoa:
“Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepada-Mu dengan kebenaran surah Al-Fatihah dan rahsianya, supaya Engkau bukakan bagiku pintu-pintu rahmatMu, kurnia-Mu dan rezeki-Mu. Dan Engkau mudahkan setiap urusanku, murahkanlah bagiku rezekiMu yang banyak lagi berkat tanpa kekurangan dan tanpa susah payah, sesungguhnya Engkau berkuasa atas setiap sesuatu. Aku mohon kepada-Mu dengan kebenaran surah Al-Fatihah dan rahsianya, berikan apa yang kuhajati……..”

Maksud Tersembunyi Dalam Lambang Illuminati/Freemason



Heksagram terdiri atas dua segitiga yang posisi saling berlawanan sehingga membentuk enam sudut. Jika heksagram kita tempatkan di atas lambang Great Seal, ada 5 sudut yang mengarah pada kata-kata bahasa latin di dalamnya. Di sisi atas tertulis kata “Annuit Coeptis” yang dalam bahasa Inggeris bererti “Announcing the Beginning of”, sedangkan pada sisi bawah Great Seal tertulis “Novus Ordo Seclorum” yang berarti “New World Order”.

Hexagram yang ditempatkan di atas Great Seal, akan mengarah pada objek masing-masing, jika menggunakan pemerhatian berdasarkan arah jarum jam (kiri-kanan), maka akan diperolehi:

Sudut 1 menunjukkan huruf A dari kata Annuit

Sudut 2 akan menunjukkan “The all-seeing eye”

Sudut 3 akan menunjukkan huruf S dari kata Coeptis

Sudut 4 akan menunjukkan huruf M dari kata Seclorum

Sudut 5 akan menunjukkan huruf O dari kata Order

Sudut 6 akan menunjukkan huruf N dari kata Novus



Dengan demikian, huruf-huruf yang terkumpul adalah ASMON. Tentu sahaja ini merupakan sebuah anagram. Dan untuk mencari kemungkinan urutan katanya, dengan menggunakan software Anagram Genius V.1. akan menemukan ASMON sebagai anagram dari MASON dengan tingkat ketepatan 87%. Seperti yang kita tahu, Mason adalah ungkapan pendek dari organisasi Freemason, yang dikatakan terlibat berbagai konspirasi peringkat tinggi dan telah berhasil mengubah “wajah dunia” kita seperti sekarang ini.

Lambang dari organisasi ini adalah jangkasudut dan sesiku, tambahan pula jika lambang tersebut kita letakkan di atas Great Seal, maka akan menunjuk pada objek-objek yang sama dengan apa yang telah disebutkan di atas. Organisasi selalu menyamarkan kewujudannya di dalam pelbagai lambang yang biasanya terungkap di dalam pelbagai bentuk-bentuk geometri sehingga nisbah emas (Phi).

“The Great Seal” ditetapkan menjadi salah satu lambang negara Amerika pada 20 Jun 1782. Gambar disebaliknya tidak pernah diketahui sampai akhirnya lambang tersebut dijadikan sebagai sebagian dari mata wang dolar ketika masa pemerintahan seorang Mason, Roosevelt. Mata yang terdapat di atas piramid Mason pada “The Great Seal” adalah “Mata Tuhan”. Mata Tuhan yang sedang mengawasi dan penglihatannya mampu menembus hati.



The Great Seal penuh dengan makna-makna tersembunyi berkenaan misteri yang meliputinya. Fakta-fakta disebalik misteri simbol Mason, The Great Seal, antara lain:

* Pada ranting pohon zaitun, daun berjumlah 13
* Pada cakar kanan, anak panah berjumlah 13
* Pada kalimat, “E Pluribus Unum”, huruf-hurufnya berjumlah 13
* Pada sisi atas helang, terdapat bintang yang berjumlah 13
* Pada sayap kanan, bulu berjumlah 32 yang melambangkan tingkat 32 dalam darjat Freemason
* Pada gambar Piramid, jumlah lapisan batu granit adalah 13 yang mewakili 13 keturunan Illuminati
* Pada kalimat Annuit Coeptis, huruf-hurufnya berjumlah 13

Yang perlu diperhatikan adalah pada helang The Great Seal, jumlah bulu pada sayap kanan ada 32, sedangkan sayap kiri berjumlah 33. Angka 32 pada sayap kanan mewakili jumlah tingkatan pada Scottish Rite, dan 33 mewakili 33 tingkatan Freemasonry. Jumlah bulu ekor ada 9, ini melambangkan 9 tingkatan Mason yang ada di York Rite. Helang itu sendiri merupakan ikon Masonry yang telah digunakan secara luas oleh Scottish Rite.

Jika diperhatikan dengan teliti, kita akan menemukan 13 pentagram pada sisi atas kepala helang. Pentagram-pentagram itu disusun dengan membentuk formasi heksagram atau Seal of Solomon yang lebih besar lagi. Heksagram adalah azimat yang digunakan kaum pagan untuk membangkitkan syaitan. Ini juga merupakan mewakili lucifer (666) yang terbentuk dari 6 titik, 6 sudut, dan 6 permukaan.

Lambang burung helang yang digunakan Mason menggantikan burung Phoenix sebagai simbol kenegaraan pada tahun 1841. Phoenix adalah simbol persaudaraan sejak zaman Mesir kuno. Phoenix dipakai oleh para pendiri (Founding Fathers) negara Amerika setelah rekabentuknya dibuat dan diusulkan oleh Charles Thompson, setiausaha Continental Congress.




Sementara itu, pada sisi sebelah kanan gambar George Washington pada mata wang dolar Amerika, akan terlihat mohor Jabatan Kewangan Amerika. Mohor tersebut terdiri atas kunci, dacing keadilan, dan sesiku yang merupakan simbol-simbol penting bagi golongan Freemasonry. Jika diperhatikan dengan teliti pada sekitar sesiku pada mohor tersebut, terdapat 13 lubang di dalamnya. Ditemukan juga 39 titik-titik berwarna hijau yang mengelilingi sesiku, dacing, dan kunci. Masih ingat angka 39? Hasil bahagi 39 adalah 19.5. Angka 19.5 dapat muncul pada desain kota kuno Cydonia, Mars, Avebury di England dan Washington DC.


Gambar burung hantu yang berukuran sangat kecil juga muncul di sebelah kiri angka “1”, yang ada di sudut kanan atas mata wang dolar.





Dari waktu ke waktu, banyak personaliti politik berpengaruh di Amerika yang tertangkap kamera menunjukan simbol burung hantu dengan tangannya.



Mari kita lihat pada mohor 'Annuit Coeptis'.Pada dasar piramid terdapat sejumlah angka romawi. Jika dijumlah angka tersebut sama dengan 1776, tahun kemerdekaan Amerika, juga tahun persaudaraan Illuminati terbentuk secara formal.


Berbagai kaedah digunakan untuk memunculkan angka 1776. Dan pada akhirnya pereka The Great Seal menggunakan sistem angka Babilon ('Babilon' adalah kata kunci merujuk kepada salah satu rujukan mistik sesat Illuminati). Sistem angkanya tidak menggunakan puluhan tetapi 6. Sebagai contoh, 600 adalah 1000, 60 adalah 100, dan 6 adalah 10.

Sejarah Penubuhan Freemason


Freemason bermaksud pembina-pembina yang bebas. Ia adalah nama bagi pertubuhan rahsia
yang ditaja oleh Yahudi yang bertujuan bagi menguasai bangsa lain. Mereka menggunakan
pelbagai cara termasuk cara yang buruk dan ganas supaya dapat menguasai dunia dalam
jangka panjang.

Sejarah Penubuhan
Penubuhannya penuh rahsia. Sesetengah berpendapat Freemason ini ditubuhkan pada zaman
raja Herod Agrippa I (10 SM- 44 M) pada tahun 44 Masihi bersama beberapa orang
pemerintah Yahudi bagi menentang perkembangan agama Kristian pada masa itu.
Antara pemimpin-pemimpin Freemason adalah Hiram bin Damwab Lami. Pada zaman
moden, pemimpin mereka dikenali Miribu yang salah seorang pemimpin Revolusi Perancis,
Jan Jaga Rusu, Politiu, Jurji Zaidan dan Karl Marks yang menjadi pengasas komunis.
 
Dasar-dasar dan Ajaran
Antara fahaman dibawa oleh Freemason ini adalah:
Mengingkari Allah, para rasul, kitab-kitab dan perkara-perkara ghaib. Mereka menganggap
semua itu sebagai karut dan dongeng.
Berusaha ke arah menjatuhkan kerajaan-kerajaan yang tidak dapat dipengaruhi dengan
segala cara sahaja.
Mengharuskan perkara yang haram seperti zina dan memperalatkan wanita bagi
mempengaruhi pemerintah.
Mewujudkan jurang bangsa selain Yahudi kepada beberapa kelas. Mereka menganggap
bangsa selain Yahudi bertaraf rendah dan berusaha melaga-lagakan mereka dengan
mencetuskan perang dan sebagainya.
Membekalkan senjata kepada kumpulan-kumpulan pemberontak.
Menimbulkan perbalahan-perbalahan kaum dibeberapa buah negara dunia.
Meruntuhkan akhlak dengan pelbagai cara seperti menggunakan media massa dengan
membiaya dan menganjur sesuatu program. Ia bertujuan menimbulkan kegelisahan orang ramai yang berpegang pada agama dan berakhlak baik dengan menubuhkan unsur-unsur kekufuran dan keganasan.
Menggalakkan rasuah dan keruntuhan akhlak di kalangan pemimpin-pemimpin dan
pegawai-pegawai kerajaan. Mereka melakukan kegiatan-kegiatan itu bagi memperalatkan
golongan eksekutif.
Menjerat dan mengumpan pemimpin-pemimpin dan orang yang berpengaruh dalam
masyarakat sehingga mereka terpaksa tunduk kepada Freemason.
Menubuhkan beberapa persatuan dan pertubuhan yang dapat menarik golongan kenamaan
supaya masuk ke dalam perangkap mereka. Contohnya pertubuhan Lions, Rotary dan
sebagainya.
Mempengaruhi belia-belia melalui kegiatan tertentu seperti sukan, pelancongan dan
sebagainya.
Mempengaruhi kerajaan supaya menaungi kegiatan-kegiatan yang mereka lakukan.
Melahirkan teori-teori dan ideologi-ideologi yang menyesatkan.
Mempengaruhi pertubuhan-pertubuhan antarabangsa dalam pelbagai bidang samada
politik seperi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, ekonomi dan masyarakat.

Kuliyah Jumaat 18 Januari 2008
Dari Masjid Rusila, Marang, Terengganu

Wednesday, September 1, 2010

Luasnya Neraka

Yazid Ar Raqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata:
Jibrail datang kepada Nabi SAW pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh nabi s.a.w

"'Mengapa aku melihat kau berubah muka?"

Jawabnya:

"Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar,dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya."
Lalu nabi s.a..w. bersabda:

"Ya Jibrail, jelaskan padaku sifatJahannam."

Jawabnya:

"Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa,nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannya air panas campur nanah dan pakaiannya potongan-potongan api. Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan."

Nabi s.a.w. bertanya:

"Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?"

Jawabnya:

"Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya dibawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiappintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda.' (nota kefahaman: iaituyg lebih bawah lebih panas)"

Tanya Rasulullah s.a.w.:

"Siapakah penduduk masing-masing pintu?"

Jawab Jibrail:

"Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s.. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah.
Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,
Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.
Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha,
Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.
Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir.'
Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w.. sehingga ditanya:

"Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?"

Jawabnya:

"Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat."

Maka nabi s.a.w. jatuh pingsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sadar nabi saw bersabda:

"Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk kedalam neraka?"

Jawabnya:

"Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu."

Kemudian Nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian Nabi s.a.w.masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.

(Dipetik dari kitab 'Peringatan Bagi Yg Lalai')

DariHadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkankamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku.
Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:
1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekorular
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hastamengandungi lautan racun yang hitam pekat.
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai70,000 rantai
11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat

Mudah-mudahan ini dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua......Wallahua'lam.

Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159
"Sesungguhnyaorang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dariketerangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannyakepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dandilaknat oleh sekalian makhluk."

Disebutkan di dalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN dan TIDAK MINUM , TIDAK DUDUK dan TIDAK BERCAKAP .

Bertanya orang kepada Rasulullah saw :

'Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?'

Maka jawabnya Rasulullah saw:

 'Umatku dikenali kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'. Bila qiamat datang maka malaikat datang kekubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan. Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu 'itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN' mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian' SiratulMustaqim dan memasuki Alam SYURGA, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hambaKu."

Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orangyang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuhasal diwaktu mati :-
1. Para Nabi
2 Para Ahli Jihad
3. Para Alim Ulama
4. Para Syuhada
5. Para Penghafal Al Quran
6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7. Tukang Azan
8. Wanita yang mati kelahiran/beranak
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman.

Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah saw:

"Apabila datang hari QIAMAT dan orang-orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan: 'Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Kuberpuasa ( Ahli Puasa ) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dandahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digorengdan buah-buahan SYURGA. ' Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu dibumi. Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud :'Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu."

Hari Kiamat


Assalamualaikum..
sedikit peringatan untuk tatapan bersama..
HARI kiamat pasti datang dan kita wajib mempercayainya. Kita umat Islam harus saling ingat
mengingati petanda kedatangan hari pembalasan itu, yang masanya hanya diketahui dan
ditetapkan Allah.
Dalam satu hadis, Rasulullah saw yang diriwayatkan Anas, bermaksud: sesetengah tanda hari
kiamat ialah ilmu diangkat, berlaku kebodohan, perbuatan zina tersebar meluas, arak diminum
berleluasa dengan rasa bangga, ramai lelaki meninggal dunia, jumlah bayi lelaki yang dilahirkan
sedikit berbanding perempuan, jumlah wanita lebih ramai daripada lelaki sehingga pada
sesetengah tempat, ada 50 wanita untuk seorang lelaki.

Hadis lain  turut menerangkan tanda kecil datangnya kiamat, iaitu apabila seorang hamba perempuan berkahwin dengan majikannya(contoh pembantu rumah indon kawen  ngn  tuan rumah). Satu lagi hadis menyebut  tanda  hampir kiamat adalah apabila orang miskin yang mengembala kambing tiba-tiba menjadi pemimpin(sistem demokrasi pemimpin yang tiada kaliber boleh jadi pemimpin).
Pada permulaan hari kiamat, akan berlaku perubahan dalam susunan ketertiban alam secara
menyeluruh. Ketika itu, terjadi beberapa peristiwa dahsyat. 

Antara kejadian itu ialah peredaran alam yang sangat luar biasa, yang menjadikan manusia
bingung. Ini termasuk matahari terbit dari Barat(bumi tidak lagi berpusing seperti biasa termasuk planet2 yg laen berada di sistem suria ini akan memyebabkan pelanggaran antara2 planet), kemunculan binatang ajaib yang boleh bercakap (rujuk surah an-Nahl, ayat 82), munculnya Imam Mahadi, dajal, Yajuj dan Majuj serta turun Nabi Isa.


 
Ketika itu juga, akan berlaku peristiwa yang tidak pernah terfikir oleh manusia seperti langit
terbelah, bintang jatuh berselerakan, lautan meluap dan semua kubur terbongkar.
Pada saat itu juga, matahari akan digulung, bintang berjatuhan, gunung-ganang hancur
bertaburan, unta bunting tidak dipedulikan, binatang liar dikumpulkan, catatan amal manusia
dibuka dan semua bayi yang dikuburkan hidup-hidup bertanya kenapa mereka dibunuh.



Pada hari kiamat juga, berlaku kejadian ngeri apabila bumi digoncang, seperti firman Allah dalam
surah al-Waaqiah, ayat 4 dan 5, yang bermaksud: Apabila bumi digoncangkan sedahsyatnya,
gunung dihancur, diluluhkan sehancur-hancurnya.
Salah satu kejadian dahsyat ketika kiamat mula-mula berlaku ialah mata manusia terbeliak
ketakutan. Pada saat itu juga, bulan hilang cahayanya, lalu matahari dan bulan dikumpulkan.
Manusia juga akan huru-hara ketakutan dan ragu-ragu, hingga berbisik dalam hati ke mana
mereka hendak lari, sedangkan ketika itu, tiada lagi tempat berlindung dan cuaca panas begitu
terik sekali. Ketika itu, manusia bagaikan anai-anai bertebaran dan gunung-ganang bagaikan
bulu bertaburan.
Selepas itu, berlaku satu lagi kejadian lebih dahsyat seperti yang difirmankan Allah dalam surah
al-Muzzammil, ayat 14, yang bermaksud: Bumi dan gunung-ganang bergoncang dan jadilah
gunung-gunung itu tompokan pasir berterbangan.
Firman Allah lagi yang bermaksud: Hari manusia pada ketika itu tersangat takut dan
pandangannya tunduk.(Surah az-Zumar, ayat 67).
"Ya ALLAH, leraikanlah dunia yang mendiam di dalam hatiku..kerana disitu tidak ku
mampu..mengumpul dua cinta.. "
semoga kita semua sentiasa berada di bawah lindungan kasih sayangNYA..insyaALLAH.

Tanda-tanda kecil kiamat ialah keadaan yang menunjukkan hari kiamat sudah hampir tiba. Di antara tanda-tanyanya ialah :
1. Ilmu agama diangkat, ertinya ILMU AGAMA KURANG MENDAPAT PERHATIAN walaupun dari kalangan orang-orang Islam sendiri sehingga dunia dipenuhi kejahilan.
2. Tersebar maksiat secara terang-terangan.
3. Manusia berlumba-lumba mengejar kebendaan dan lupa agama.
4. Banyak bangunan-bangunan masjid yang indah tanpa dijalankan fungsinya.
5. Banyak berlaku fitnah, peperangan, bencana alam, dan sebagainya.
Adapun tanda-tanda besar kiamat ialah keadaan yang menunjukkan hari kiamat sudah hampir benar akan berlaku. Di antara tanda-tanyanya ialah :-
1. Lenyap Al-Quran dari mashaf dan hati umat manusia sehingga mereka kehilangan pedoman dan menjadi kafir.
2. Muncul suatu bangsa suka membuat kerosakan di mana atau lebih dikenali dengan sebutan “Yakjuj da Makjuj”.
3. Muncul Dajjal, ertinya ahli-ahli pendusta yang mempengaruhi manusia dan mengajak kepada kekafiran.
4. Turun Nabi Isa a.s membanteras kekuasaan dan pengaruh Dajjal sehingga dunia kembali kepada ajaran Islam.
5. Terbit matahari dari arah Barat, menandakan taubat sudah tidak diterima lagi.

Sesungguhnya kiamat itu pasti datang cuma kita tidak tahu bila nya akan berlaku. Sebagai umat Islam, selagi matahari tidak terbit dari barat,selagi itulah pintu taubat masih terbuka. Oleh itu segeralah kembali ke jalan yang diredahi ALLAH s.sw.t kerana kebanyakkan tanda-tanda kiamat tu smua hampir dh berlaku kecuali ada beberapa tanda yang belum berlaku sepeti munculnya imam Mahdi, Dajal, yakjut makjut, Nabi Isa a.s. Segeralah bertaubat kepada ALLAH s.w.t.