Tuesday, July 26, 2011

Melayu (Islam) & Kelab Malam aka Clubbing, disko,dangdut,pusat hiburan malam minggu

Assalammualaikum semua..
firman Allah Taala :-
ٌ
Terjemahan:-
“Wahai sekalian manusia, makanlah dari apa yang ada di bumi, yang halal lagi baik dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan, keranan sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang terang nyata bagi kamu”
(Surah Al-Baqarah : ayat 168) 

Entry kali ini..adalah berkaitan dengan "kelab malam".Beberapa minggu yang lalu..hamba ada buat sedikit tinjauan dibebrapa tempat.. mengenai bangsa majoriti di Malaysia ni. iaitu bangsa melayu yang kebanyakkan nya adalah beragama Islam.


Apa yang hamba kesalkan adalah apabila melihat bangsa ni tanpa segan silu menjadi pekerja di dalam kelab malam tersebut. Bagaimana ini boleh terjadi...yang semua kita maklum..bahawa..kelab malam ini adalah tempat orang mabuk2 sambil berhibur dan berjoget dengan muzik techno or hiphop yang di mainkan oleh dj. pekerja tersebut dari peringkat bawahan(dari baunzer ke bar tender) semua nya bangsa majoriti ni..tetapi yang pasti..bos nya adalah org kafir.Di bar tender...mereka menghidangkan air2 kencing setan ni tanpa segan silu..tanpa memikirkan adakah kerja aku ni halal or adakah mendapat keberkatan dari ALLAH swt. Mengapa si bos atau tokey yang kafir ni tidak ambil pekerja2 yang dari orang kafir sendiri?? Mengapa orang Islam sndiri yang nak bekerja di tempat2 yang seperti itu?? bnyak lg kerja2 yang lebih baik, lebih keberkatannya..walaupun kita org Islam tidak meminumnya..tetapi kita telah bersubahat..kerana menyediakan minuman untuk orang2 meminum arak. Nauzubillahiminzalik..Astarfirullahhalazim...

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:
"Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya." (Surah Al-Maa’idah : ayat 90)

Hadis Ibnu Umar r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:
Setiap minuman yang memabukkan adalah arak dan setiap yang memabukkan adalah haram. Sesiapa yang meminum arak di dunia lalu meninggal dunia dalam keadaan dia masih tetap meminumnya dan tidak bertaubat, maka dia tidak akan dapat meminumnya di Akhirat kelak (di Syurga)." (Nombor Hadis Dalam Kitab Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 3733) [2]
"Apa yang memabukkan dalam jumlah yang banyak, adalah diharamkan walau dalam jumlah yang sedikit." (Kitab Sunan Ibnu Majah Jilid 3, Kitab memabukkan , Bab 30, hadis No. 3392)

Dari Annas bin Malik katanya, Nabi Muhammad s.a.w bersabda:
“ Sepuluh orang yang dikutuk Allah mengenai arak :-
  1. Pembuatnya,
  2. pengedarnya,
  3. peminumnya,
  4. pembawanya,
  5. pengirimnya,
  6. penuangnya,
  7. penjualnya,
  8. pemakan wang hasilnya,
  9. pembayarnya
  10. dan juga pemesannya.” (Hadis Riwayat Imam Tirmidzi)[3]

LIhat..bahawa bukan sahaja meminum arak mendapat dosa tetapi dari orang yang membuatnya,pengedar,pembawa sehngga pemimumnya mendapat dosa.Oleh itu tidak ada alasan untuk meminum arak walaupun seteguk ataupun setitik ataupun untuk bekerja dalam hal berkaitan dengan arak ni.



Pada pendapat hamba...pihak kerajaan hendaklah menguatkuasa kan undang2  dengan menghalang Orang2 Islam bekerja dalam sektor arak ni..termasuklah di kelab2 malam kerana..ini dapat menyelamatkan Umat Islam daripada terjebak ke dunia yang penuh dosa ni.Biarlah orang2 kafir sahaja yang bekerja dalam bidang ni..kerana orang2 kafir sahaja yang minum air haram ni..Orang2 Islam biarlah bekerja ditempat2 yang lebih baik dan halal sumbernya..kerana banyak lagi tempat untuk bekerja dan pihak kerajaan dapatlah menyediakan peluang2 kerja untuk umat Islam mengikut lunas2 agama yang suci ni..Sekian...





2 comments:

  1. Assalamualaikum wbt.
    Sdr.Membaca idea sdr dalam komen blog MistisFiles mengenai senario politik Malaysia selepas PRU 13, saya begitu teruja kerana tanpa terduga kita berkogsi idea/ilham yg serupa.Apakah ramalan kita akan menjadi realiti masa hadapan?
    Saya telah menggambarkan dengn cara yg agak detail melalui novel BALDATUN THOIYYIBATUN yg telah berada di pasaran sejak Mac 2011. Maklumat lebih lenjut mengenai novel tersebut boleh dicapai melauli link wwwfafiruilallah.blogspot.com.
    Boleh jadi persamaan ilham ini adalah ramat Ilahi untuk Malaysia dan muslimin sejagat.
    Sekian dan salam perjuangan.

    ReplyDelete
  2. ALHAMDULILLAH..Kita sama2 mengharapkan yg terbaik untuk agama yg kita cintai ini..Hamba harapkan sangat apa yg kita inginkan itu akan tercapai.. Sama2 kita teruskan perjuagan untuk menegakkan ISLAM di Tanah Melayu ni..Terima Kasih Pelita Di Dalam Kaca...

    ReplyDelete