Friday, August 27, 2010

Anda Dan Jin

Ikuti ceramah oleh Dato' Ismail Kamus mengenai jin..


Info  :

  • Dalam dunia ini manusia tidak dapt melihat 2 benda iaitu malaikat dan jin.
  • Kita perlu mengenal jin supaya kita tidak akan takut kepada benda yang kita tidak nampak
  • Jin diciptakan daripada api manakala manusia diciptakan daripada tanah.
  • Asal usul jin iaitu jin yang pertama ialah JAN(Bapak jin) yang bernama azazil. azazil inilah yang tidak mahu tunduk kepada Nabi Adam a.s kerana azazil berpendapat(berbanga) dia lebih mulia dr Nabi Adam a.s kerana dia dijadikan daripada api manakala Nabi Adam a.s daripada tanah. Secara dasar nya, api memerlukan sesuatu untuk terbakar contohnya seperti kertas,minyak ,daun2 kering tetapi tanah boleh duduk dengan sendirinya.
  • Setelah azazil  dilaknat oleh ALLAH s.w.t dia meminta 1 hajat yang mana dia minta hidup sehingga hari kiamat iaitu ditangguhkan kematian.
  • Jin ini juga adalah seperti manusia iaitu boleh beranak pinak tetepi boleh membuat sesuatu yang manusia tidak mampu buat sepeti angkat benda yang berat,boleh terbang selain itu kelebihan memperoleh sesuatu maklumat dengan cepat dan kuat. Jin juga memperoleh umur yang panjang. Anak2 azazil boleh mati , tetapi umur yang panjang boleh hidup beribu-ribu tahun.Jika jin itu hendak mati, dia akan minta untuk muda semula dan selepas itu dia akan mati. 

Info
  • Jin ini terbahagi kepada 2 golongan. Golongan pertama adalah jin. Jin ini bukanlah syaitan. Golongan kedua adalah syaitan. Tiap2 syaitan itu adalah jin dan tidak semestinya jin itu syaitan.
  • ALLAH s.w.t menjadikan jin ini mahluk yang tidak nampak kerana salah satu sebab nya adalah kerana makhluk yang tidak cantik dan makhluk yang kejadian nya yang tidak menentu.Jin ini boleh menjadi kecil,besar,panjang,melebar, dan sebagainya.
  • Jin juga boleh menyerupai makhluk lain seperti ular,anjing,unta dan sebagainya.
  • Nabi Muhammad s.a.w penah berpesan bahawa di Madinah ada saudara mu dari kalangan jin. Jikalau rumah kamu dimasuki ular jangan kamu dibunuhnya.
  • Menurut pendapat ulama, jika rumah dimasuki ular,hendaklah memberi amaran sebanyak 3 kali "wahai ular engkau jin ataupun ular? jika jin engkau keluar sekarang.. Jika sudah 3 kali memberi amaran,kalau ular tu keluar ular tersebut adalah jin jika ular itu tidak kluar maka kita boleh membunuhnya.
  • Kita tidak boleh sebarang membunuh kerana jika terbunuh jin, kaum kerabat jin akan membalas dendam di atas kematian saudaranya.

Info :
  • Kita hendaklah memperbanyakkan amalan supaya jin tidak boleh masuk atau merasuk jasad dan badan kita.
  • Bagi wanita yang uzur, waktu ini adalah mudah untuk terkena rasukan dan sihir. Mereka bolehlah membaca "La ilaaha illallaah, wahdahu laa syariika lah, lahul mulku walahul hamdu yuhyii wa yumiit wahuwa 'alaa kulli syai-in qadir" sebanyak 100x.. bacalah utuk dijadikan pendinding awal.
  • Diakhirat nanti manusia pula boleh nampak jin dan jin x nampak manusia.
  • Dari segi makanan jin pula,  asal nya jin hanya memakan asap tetapi pada zaman nabi Muhammad s.a.w jin telah meminta kepada nabi suapaya tambahkan makanan. dan nabi berkata makan lah tulang.
  • Tulang yang disembelih dimakan oleh jin Islam dan tulang yang tidah disembelih dimakan jin kafir.
  • 2 golongan jin tadi adalah jin islam dan jin kafir(syaitan).syaitan ini boleh dikatakan tentang sifat. Manusia juga boleh jadi syaitan apabila berperangai macam syaitan.


Info:
  • Perumpamaan sebaik-baik jin adalah sejahat-jahat manusia adalah salah kerana jin juga sepeti manusia, ada yang baik dan ada juga yang jahat. 
  • Jin juga ada yang menganut agama kristian, yahudi,buddha.
  • Jumlah jin dengan manusia adalah 1:9
  • Tempat tinggal jin adalah di hutan belantara,lereng2 bukit,tepi laut,tepi sungai,tempat tinggi,di udara,rumah2 tinggal,tandas2..
  • Kita sebagai manusia hendaklah tidak perlu terlalu takut dengan jin dan juga jangan terlalu berani...perbanyakkan amalan supaya kita lebih jadi kuat dan sentiasa memohon perlindungan daripada ALLAH s.w.t. Kita hendaklah sentiasa mengamalkan ayat Qursi dijadikan sebagai pendinding. Contohnya untuk masuk tidur.
Info:

  • Hukum berkhawin dengan jin adalah makruh. Dalam mazhab Imam Syafie adalah tidak sah dalam mazhab2 lain adalah sah.
  • Kita sebagai manusia jangan lah mengambil ilmu2 yang pelik seperi susuk,pengerun.penunduk suami,untuk cantik, kerana ilmu2 ini boleh jadi syirik selain itu juga adalah melibatkan jin2. Apabila sesorang itu tidak lagi mengunakan ilmu ini,jin akan menjadi marah dan akan mennganggu seseorng itu termasuklah meniduri si isteri..


Untuk lebih info dan maklumat serta dalil2 yang sahih dari Al-Quran sila tontonilah ceramah yang tertera diatas untuk penduan dan ilmu kita bersama. 








Friday, August 20, 2010

Pemakaian Paderi =jubah graduasi ??


Jubah Graduasi

Pernahkah kita terfikir tentang semua ini?

Atau kita hanya mengikut sahaja yang dilakukan oleh orang lain tanpa sedikitpun menyedarinya.

Nabi Muhammad pernah bersabda:

“Man tasyabbaha bi qaumin fahua minhum”.

Bermaksud :

“Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum,

maka seseorang itu terdiri dari kalangan mereka (iaitu kaum berkenaan).

Petikan daripada artikel WAHYU NABI MUHAMMAD & MISI VATICAN

aku: saya ada nmpk pak cik kat gereja tu,

tak nampak macam sembahyang, macam majlis konvo pulak..ada aper ?

Bishop: oh! yang tu…memang mjlis konvo utk paderi baru..dorang yg jubah putih tu JESUIT PRIEST

ULASAN

melalui pemahaman saya mengenai petikan diatas, "aku" telah terlihat satu majlis didalam gereja mirip dengan majlis konvokesyen universiti atau kolej yang dilakukan bagi memberi diploma atau ijazah. tetepi di gereja majlis ini untuk paderi baru yang sudah layak untuk berkhdmat. Majlis konvokesyen yang kita hadiri untuk ambil ijazah dan diploma tu sebenarnya di ambil dari sistem gereja ni. bukan setakat majlis konvokesyen tu je...tetepi dgn pemakaian nya sekali kita telah pakai tanpa mengira asal usul pemakaian tu(jubah konvo)..kalau kita amati gambar diatas tidak tumpah jubah paderi tu dengan jubah konvo kita tu..mengapa benda ini terjadi.kenapa kita konvo kena pakai pakaian mcm tu? xleh ke nk pakai pakaian lain? begitu mudah kita tertipu dengan sistem yang ada..mengapa kita x mengenakan jubah Nabi Junjungan Kita..Nabi MUHAMMAD s.a.w?? mengapa kita perlu ikut musuh kita ini? sama-sama la kita berfikir sejenak..mengapa smua ini boleh terjadi..

Thursday, August 19, 2010

Turun nya Nabi Isa a.s

Ini merupakan petikan-petikan dari dua sumber terbesar umat Islam yang dapat dikumpulkan untuk rujukan dan kesedaran kita sebagai manusia yang ingin tahu. Semoga kita dijauhkan dari huru hara dan fitnah kiamat

Petikan al-Quran Mengenai Turunnya Isa a.s

1. Firman Allah ;
[[Sesungguhnya dia (Nabi Isa a.s) adalah tanda kepada Kiamat]] Az-Zukhruf : 61

2. Firman Allah ;
[[Sesungguhnya tiada dari kalangan Ahli Kitab melainkan akan beriman dengannya (Nabi Isa a.s) sebelum matinya, dan pada hari Kiamat dia akan menjadi saksi kepada mereka]] An-Nisaa : 159

3. Dari Abi Hurairah r.a, sabda Rasulullah s.a.w :
(( Demi jiwaku yang berada dalam genggamanNya, sangat hampir akan turun di kalangan kamu (Isa) ibni Maryam sebagai seorang pemimpin yang adil, lalu dia akan mematahkan salib, membunuh khinzir, menghapuskan jizyah, tidak akan (Nabi Isa) menerimanya dari kalangan orang kafir dan akan melimpahnya harta sehingga tiada seorang pun yang menerimanya sehingga satu sujud (di waktu itu) lebih baik dari dunia dan seluruh isinya)) (Riwayat Bukhari dan Muslim)


Beberapa Sifat Nabi Isa a.s

1. Dari Jabir bin Abdillah r.a sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda : (( Dihadapkan kepadaku para nabi… dan aku melihat kepada Isa bin Maryam, lalu aku dapati orang yang paling hampir menyerupainya ialah Urwah bin Mas’ud)) Riwayat Muslim

2. Dari Abi Hurairah r.a sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda : (( Para nabi itu adik-beradik berlainan ibu, ibu-ibu mereka ramai tapi agama mereka satu, sesungguhnya aku yang paling berhak dengan (nabi) Isa bin Maryam kerana sesungguhnya tiada di antaraku dan dia nabi (yang lain), dan sesungguhnya dia akan turun, apabila kamu melihatnya maka kenalilah dia ; seorang lelaki yang tegap (tidak terlalu rendah dan tidak terlalu tinggi), antara kemerahan dan putih (kulitnya), dia memakai dua helai baju yang berwarna sedikit kekuningan, seakan-akan menitis dari rambutnya air walaupun tidak basah…)) Riwayat Ahmad dan Abu Daud


Tempat Di Mana Nabi Isa Akan Turun

Dari Nawwas bin Sam’an r.a Rasulullah s.a.w bersabda : (( Ketika demikian (Dajjal sedang berkuasa), lalu Allah utuskan Isa bin Maryam maka dia akan turun di sebuah menara putih di timur Damsyik di antara dua helai baju berwarna kekuningan dalam keadaan meletakkan kedua tapak tangannya di atas sayap dua malaikat, apabila dia menganggukkan kepalanya menitis air darinya dan apabila dia mengangkatnya gugur air seakan-akan mutiara, maka tiada seorang kafir pun yang dapat mencium nafasnya melainkan akan mati dan nafasnya (Nabi Isa) berakhir sejauh pandangannya…)) Riwayat Muslim

Hikmah Dari Turunnya Nabi Isa a.s

Sebahagian dari kalangan ulama telah menyebut tentang hikmah dari penurunan Nabi Isa a.s, antaranya ialah :
  1. Sebagai sanggahan terhadap bangsa Yahudi yang telah mendakwa bahawa mereka telah membunuh Nabi Isa a.s. Lalu Allah menurunkan Nabi Isa a.s sebagai jawapan kepada pembohongan mereka bahkan Nabi Isa a.s akan membunuh pemimpin mereka iaitu Dajjal.
  2. Nabi Isa a.s telah mendapati kelebihan yang banyak telah disediakan oleh Allah kepada Ummat Nabi Muhammad s.a.w sebagaimana yang terdapat dalam Injil, justeru dia memohon dari Allah agar dijadikan oleh Allah sebahagian daripada mereka.
  3. Nabi Isa a.s akan diturunkan oleh Allah sebelum dari ajalnya agar dia dimatikan di bumi kerana tiada makhluk yang dicipta dari bumi melainkan akan dimatikan di bumi.
  4. Sebagai hujjah yang menyangkal pendustaan Kristian bahawa Nabi Isa a.s anak Allah. Bahkan nabi Isa a.s akan menghapuskan semua agama selain Islam.
  5. Nabi Isa a.s adalah pembawa khabar gembira dengan kedatangan Nabi Muhammad s.a.w, maka dia mendapat keistimewaan tersebut berdasarkan hadith Rasulullah s.a.w : ((Akulah yang lebih berhak dengan Isa bin Maryam, sesungguhnya tiada di antaraku dan dia seorang nabi pun)). Riwayat Bukhari dan Muslim

Perkara Yang Akan Berlaku Di Zaman Nabi Isa a.s


  1. Pembunuhan Dajjal. Sewaktu Dajjal dan pengikutnya sedang berkuasa, Nabi Isa a.s akan turun sebagai pemusnah kerajaan Dajjal dan akan membunuh Dajjal serta pengikutnya.
  2. Kemusnahan Yakjuj dan Makjuj.
  3. Terhapusnya semua agama melainkan Islam. Nabi Isa a.s akan mematah-matahkan salib, membunuh khinzir dan menghapuskan Jizyah terhadap orang kafir.
  4. Terangkatnya permusuhan dan persengketaan sesama manusia, lantas keamanan dan kedamaian akan tersebar di antara semua makhluk.

Tempoh keberadaan Nabi Isa a.s.Setelah Turunnya dan Kewafatannya


Terdapat dua riwayat sahih yang menyatakan tempoh keberadaan Nabi Isa a.s di bumi selepas turunnya. Yang pertama menyebut 40 tahun dan yang kedua menyebut 7 tahun. Sebahagian dari kalangan ulama mentarjihkan riwayat 40 tahun berdasarkan ianya riwayat tambahan dari perawi yang thiqah dan penafsiran Abi Hurairah terhadap ayat Al-Quran tentang Nabi Isa.

Tiada riwayat yang jelas tentang di mana Nabi Isa a.s akan wafat. Namun ada yang mengatakan bahawa beliau akan wafat di Madinah dan akan dimaqamkan bersama Nabi Muhammad s.a.w. Wallahu A’lam.

Tuesday, August 17, 2010

Sejarah Melayu Yang Agung???

mari kita undur ke masa silam.

Ya…

sejarah dapat ditulis oleh orang lain sekiranya kita sendiri tidak mempertahankan keBENARan sejarah kita sendiri.

Tamadun Melayu

Sebagai contoh,

tamadun Melayu merupakan antara tamadun terawal membina Pyramid jenis trapezium,

1 peninggalan agung yang tak mungkin lagi anda saksikan kerana kebanyakan hasil peninggalan moyang MELAYU,

kini kekal berada di dasar laut Nusantara,

(dari yang paling utara & yang paling selatan, sehingga yang melewati ke sempadan kutub2…)…

Saki baki binaan bangsa Melayu yang masih di darat itu hanya ekornya sahaja,

baki badannya kebanyakannya tenggelam akibat kenaikan paras laut.

Keris Melayu Okinawa Pyramid Bangsa Melayu Pyramid Melayu Pyramid Empayar Melayu

Dan kebanyakan binaan pyramid melalui senibina kepingan batu besar ini akan terselit Keris sebagai lambang bangsa pembina,

kerana itu rekod bangsa MELAYU banyak kali dipadam dan disorokkan oleh pendatang-pendatang Eropah

kerana mereka tahu, [rekod tamadun Melayu tidak berada di tangan Melayu lagi],

pesaing tamadun di TIMUR bukanlah dari empayar Dinasti CHIN & Dinasti MING di tanah besar China,

hakikatnya ialah,

Raja kepada segala RAJA di timur ialah empayar agung MELAYU.

betapa hebatnya raja bagi segala tamadun timur ini apabila mereka terkenal dengan gelaran Raja Lautan & Raja Daratan,

di mana negeri-negeri yang berada dalam naungan mereka,

ada yang digelar tanah penghujung dunia,

ada yang digelar semenanjung emas,

ada yang digelar Survana Bumi,

ada yang digelar Golden Chersonese,

sampaikan hamba-hamba di Istana mereka pun mampu dihiaskan dengan emas,

belum lagi cerita pasal matawang mereka, kerana rakyat MELAYU suka berniaga dengan menggunakan emas,

tetapi mana pergi semua rekod-rekod agung ni,

mana pergi senjata-senjata canggih Melayu,

“JONG-JONG INAI MAK IPUNG RAJAWALI”

di mana perginya armada-armada laut Melayu yang besar gedabak dengan nama jolokan “JONG”,

jauh lagi lebar dari kapal CHENG HO ???

ya betul….

Rekod sejarah yang benar ini semuanya selamat disimpan,

Disimpan di arkib eropah dalam genggaman ejen sulit yang bertopengkan sang penyelamat.

Kes penemuan banyak keris dijumpai di tugu pyramid di lautan Okinawa boleh meledakkan pemikiran anda sekiranya pemimpin anda rajin siasat dan ingin mengkaji siapa MELAYU itu.

Tempat itu sekarang bernama Okinawa ,

Kalau 2000 tahun sebelum itu apa nama tempat itu…?

Jangan dibutakan mata anda akibat perubahan nama dan ianya menjadi milik negara lain pula…

Sedih benar…

Sampin & Songkok & Keris

Lihat lah apa yang terjadi pada negara-negara MELAYU di utara,

KEMBOJA ditukarnya menjadi Cambodia ,

CEMPAKA ditukarnya menjadi ?

MELATI ditukarnya menjadi ?

Anda fikir Myanmar , Burma , Vietnam , Laos itu negara apa ???

Mereka itu semuanya negara peninggalan rumpun bangsa-bangsa Agung MELAYU di zaman silam,

Tak kisah agama apa pun mereka anuti, samada Hanif, Jawi, Hindu, Buddha, ataupun Islam….

Ini cerita pasal isu bangsa, dan isu ketamadunan…

Mereka menubuhkan kerajaan BUNGA di tebing-tebing pergunungan…

Kerana itu istilah Banjaran Himalaya kekal sampai hari ini…

Mengenangkan bangsa gunung yang hebat lagi kuat dengan rajanya.

Kalau anda perasan,

Bangsa Melayulah bangsa paling suka menanam bunga-bunga di halaman rumah,

Bunga terlalu sinonim dengan bangsa ini.

Berhentilah menjadi goyyim kerana anda bukan robot tunggangan ejen Yahudi yang bertopengkan sang penyelamat.

Bangsa Melayu merupakan bangsa terawal membina tugu-tugu kota yang merentas dari:

- UTARA (kemboja, cempaka, melati, petani, langkasuka, cermin, segenting)

- TENGAH (kelantan, pahang, johor, melaka, kedah tua, selangor)

- TIMUR (funan, okinawa, sulu,)

- SELATAN (sumatera, riau, jawa)

Peta Melayu

Begitu hebatnya tamadun agung MELAYU itu yang hanya segelintir sahaja para pewaris diraja yang tahu.

Rekod tamadun ini berjaya disorokkan oleh Iluminati sehinggakan semua teknologi Melayu berjaya disimpan di Arkib-arkib eropah lagi lagi dikaji di dalam makmal-makmal oleh pengkaji logam.

Bayangkan laksamana & pendekar Melayu boleh sampai ke Hawaii dari semenanjung & kepulauan cebu tanpa sesat dengan berpandukan sejenis alat apungan dari cerdik pandai anak Melayu….

Kisah artikel & tamadun Melayu akan bersambung di episod akan datang…


Bersambung… (ehsan :www.dinar-emas.com)