Friday, August 27, 2010

Anda Dan Jin

Ikuti ceramah oleh Dato' Ismail Kamus mengenai jin..


Info  :

  • Dalam dunia ini manusia tidak dapt melihat 2 benda iaitu malaikat dan jin.
  • Kita perlu mengenal jin supaya kita tidak akan takut kepada benda yang kita tidak nampak
  • Jin diciptakan daripada api manakala manusia diciptakan daripada tanah.
  • Asal usul jin iaitu jin yang pertama ialah JAN(Bapak jin) yang bernama azazil. azazil inilah yang tidak mahu tunduk kepada Nabi Adam a.s kerana azazil berpendapat(berbanga) dia lebih mulia dr Nabi Adam a.s kerana dia dijadikan daripada api manakala Nabi Adam a.s daripada tanah. Secara dasar nya, api memerlukan sesuatu untuk terbakar contohnya seperti kertas,minyak ,daun2 kering tetapi tanah boleh duduk dengan sendirinya.
  • Setelah azazil  dilaknat oleh ALLAH s.w.t dia meminta 1 hajat yang mana dia minta hidup sehingga hari kiamat iaitu ditangguhkan kematian.
  • Jin ini juga adalah seperti manusia iaitu boleh beranak pinak tetepi boleh membuat sesuatu yang manusia tidak mampu buat sepeti angkat benda yang berat,boleh terbang selain itu kelebihan memperoleh sesuatu maklumat dengan cepat dan kuat. Jin juga memperoleh umur yang panjang. Anak2 azazil boleh mati , tetapi umur yang panjang boleh hidup beribu-ribu tahun.Jika jin itu hendak mati, dia akan minta untuk muda semula dan selepas itu dia akan mati. 

Info
  • Jin ini terbahagi kepada 2 golongan. Golongan pertama adalah jin. Jin ini bukanlah syaitan. Golongan kedua adalah syaitan. Tiap2 syaitan itu adalah jin dan tidak semestinya jin itu syaitan.
  • ALLAH s.w.t menjadikan jin ini mahluk yang tidak nampak kerana salah satu sebab nya adalah kerana makhluk yang tidak cantik dan makhluk yang kejadian nya yang tidak menentu.Jin ini boleh menjadi kecil,besar,panjang,melebar, dan sebagainya.
  • Jin juga boleh menyerupai makhluk lain seperti ular,anjing,unta dan sebagainya.
  • Nabi Muhammad s.a.w penah berpesan bahawa di Madinah ada saudara mu dari kalangan jin. Jikalau rumah kamu dimasuki ular jangan kamu dibunuhnya.
  • Menurut pendapat ulama, jika rumah dimasuki ular,hendaklah memberi amaran sebanyak 3 kali "wahai ular engkau jin ataupun ular? jika jin engkau keluar sekarang.. Jika sudah 3 kali memberi amaran,kalau ular tu keluar ular tersebut adalah jin jika ular itu tidak kluar maka kita boleh membunuhnya.
  • Kita tidak boleh sebarang membunuh kerana jika terbunuh jin, kaum kerabat jin akan membalas dendam di atas kematian saudaranya.

Info :
  • Kita hendaklah memperbanyakkan amalan supaya jin tidak boleh masuk atau merasuk jasad dan badan kita.
  • Bagi wanita yang uzur, waktu ini adalah mudah untuk terkena rasukan dan sihir. Mereka bolehlah membaca "La ilaaha illallaah, wahdahu laa syariika lah, lahul mulku walahul hamdu yuhyii wa yumiit wahuwa 'alaa kulli syai-in qadir" sebanyak 100x.. bacalah utuk dijadikan pendinding awal.
  • Diakhirat nanti manusia pula boleh nampak jin dan jin x nampak manusia.
  • Dari segi makanan jin pula,  asal nya jin hanya memakan asap tetapi pada zaman nabi Muhammad s.a.w jin telah meminta kepada nabi suapaya tambahkan makanan. dan nabi berkata makan lah tulang.
  • Tulang yang disembelih dimakan oleh jin Islam dan tulang yang tidah disembelih dimakan jin kafir.
  • 2 golongan jin tadi adalah jin islam dan jin kafir(syaitan).syaitan ini boleh dikatakan tentang sifat. Manusia juga boleh jadi syaitan apabila berperangai macam syaitan.


Info:
  • Perumpamaan sebaik-baik jin adalah sejahat-jahat manusia adalah salah kerana jin juga sepeti manusia, ada yang baik dan ada juga yang jahat. 
  • Jin juga ada yang menganut agama kristian, yahudi,buddha.
  • Jumlah jin dengan manusia adalah 1:9
  • Tempat tinggal jin adalah di hutan belantara,lereng2 bukit,tepi laut,tepi sungai,tempat tinggi,di udara,rumah2 tinggal,tandas2..
  • Kita sebagai manusia hendaklah tidak perlu terlalu takut dengan jin dan juga jangan terlalu berani...perbanyakkan amalan supaya kita lebih jadi kuat dan sentiasa memohon perlindungan daripada ALLAH s.w.t. Kita hendaklah sentiasa mengamalkan ayat Qursi dijadikan sebagai pendinding. Contohnya untuk masuk tidur.
Info:

  • Hukum berkhawin dengan jin adalah makruh. Dalam mazhab Imam Syafie adalah tidak sah dalam mazhab2 lain adalah sah.
  • Kita sebagai manusia jangan lah mengambil ilmu2 yang pelik seperi susuk,pengerun.penunduk suami,untuk cantik, kerana ilmu2 ini boleh jadi syirik selain itu juga adalah melibatkan jin2. Apabila sesorang itu tidak lagi mengunakan ilmu ini,jin akan menjadi marah dan akan mennganggu seseorng itu termasuklah meniduri si isteri..


Untuk lebih info dan maklumat serta dalil2 yang sahih dari Al-Quran sila tontonilah ceramah yang tertera diatas untuk penduan dan ilmu kita bersama. 








No comments:

Post a Comment