Saturday, November 19, 2011

Mitos Mengenai Radiasi

 

 

“Bayi berusia 2 bulan yang melalui mesin pengimbas Xray di lapangan terbang telah dikejarkan ke Hospital kerana keracunan radiasi"

 Ya..jika ini berlaku..kami tidak akan membenarkan ia berlaku..Bayi yang berusia 2 bulan yang diletakkan dalam troli bayi dan diimbas oleh unit xray,apabila operator melihat tanda-tanda bayi tersebut..xray tadi akan dimatikan dengan segera. Jumlah dedahan radiasi terhadap bayi tersebut paling banyak adalah sama jumlah radiasi daripada radiasi semula jadi background radiation (about 0.001 rem) iaitu 100,000 kali lebih kurang yang mungkin menyebabkan bayi itu menjadi sakit. Apa yang menjadi lebih teruk untuk bayi itu adalah apabila menaiki ambulan(kemungkinan terjadinya kemalangan) dan kemungkinan tercucuk jarum apabila di hospital dan berlaku pencemaran darah dengan sampel darah orang lain berbanding dengan kesan radiaso yang tidak seberapa..


“Mesin xray di lapangan terbang dapat melihat terus melalui tubuh badan kamu"

Kamu perlu melalui metal detector sewaktu dilapangan terbang dan waktu ini kamu didedahkan dengan radiasi. Tetapi sekarang, generasi baru mesin ini jumlah radiasinya jauh lebih rendah iaitu (0.00001 to 0.0002 rem per scan) lebih rendah daripada jumlah radiasi yang kita terima setiap hari natural background radiation (about 0.001 rem).

 

 

“Lembu mempunyai 2 kepala kerana tingal berhampiran dengan loji nuklear"

Jenis mitos ini tiada bukti benar atau pun salah tetapi ianya tidak akan jadi benar. Orang ramai akan bercakap lembu tu berkepala 2 dan loji nuklear pun ada berdekatan dekat situ..so paham-paham je la kan. Tiada bukti saintifik yang menyatakan kesan radiasi akan menyebabkan lembu berkepala 2.Kita mungkin berfikir yang kesan radiasi muungkin akan menyebabkan benda pelik terjadi disebabkan pengaruh komik dan tv. 


Hero kegemaran seperti Spiderman® dan the Hulk®.  Dalam Marvel® Universe bagi kebanyakkan populasi , dedahan kepada gamma radiation akan menyebabkan kematian, tetapi terdapat beberapa individu yang terkena dedahan ini akan mendapat super human abilities. Dalam Marvel® Universe  terjadinya mutasi bergantung kepada faktor fizikal contoh nya Spiderman menjadi superhuman kerana terkena gigitan labah-labah yang beradiasi.Idea ini hanyalah sesuai untuk komik, wayang dan sebagainya untuk sekadar hiburan. Pada dedahan radiasi yang sedikit manusia tidak akan mati atau sakit kerananya. Kalaulah radiasi ni dapat menjadikan kita superhero..baik lah kita ramai-ramai mendapatkan dedahan radiasi ni. Boleh jugak dapat kuasa yang hebat

“Pil Potassium iodide  akan diagihkan kepada penduduk yang tingal  dalam lingkungan 25 kilometer daripada loji nuklear supaya dapat melindungi daripada radiasi jika ia tersebar"

Mengambil pil potassium iodide  adalah untuk melindungi thyroid daripada menerima dedahan radioactive iodide yang banyak.Iodine didalam pil potassium iodide akan memenuhkan dalam thyroid glands, ini akan mengurangkan sedikit sebanyak kesan radioactive iodine semasa bernafas melalui mulut.Pil ini tidak melindungi daripada sebarang jenis radiasi yang tersebar dan tidak melindungi radioactive iodine yang berada diluar tubuh badan. Bagi cara yang lebih efektif, pil itu hendaklah dimakan beberapa jam apabila kemalangan berlaku ataupun makan dengan kadar segera selepas berlakunya penularan radioactive iodine.


“Seorang telah pergi ke jabatan kecemasan,kemudian telah di hantar ke jabatan xray untuk diagnostik dan mengadu melakukan terlalu banyak xray"

Apa yang di maksudkan terlalu banyak?? Dimana tiada had untuk dedahan radiasi untuk perubatan.Juru Xray yang menetapkan keputusan sesuatu dedahan yang bersesuaian, kebaikan untuk anda dan petugas radiasi. Dalam situasi yang tertentu anda kena melakukan banyak xray contohnya jika seseorang cedera parah di sebabkan kemalangan jalan raya, anda akan di xray di setiap bahagian yang mengalami kecederaan bagi didiagnostik untuk di lihat doktor. Juru xray akan mengunakan teknik ALARA bagi mengunakan dedahan yang optima.



No comments:

Post a Comment